Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 10, 2016

Laporan siasatan 1MDB tunjuk kegagalan urus tadbir PM

Pembentangan laporan siasatan 106 mukasurat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara adalah amat dialu-alukan memandangkan 1MDB dikatakan salah satu faktor utama dalam usaha pembangunan negara sejak 2009 apabila diambil alih dari kerajaan negeri Terengganu.

WAWI Namun pelbagai persoalan belum terjawab, yang memerlukan Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri untuk memberi penjelasan terperinci pada kadar segera, memandangkan imej dan kredibiliti negara semakin dipersoal akibat siasatan demi siasatan yang dilancar di negara asing berkaitan 1MDB.

Antara perkara yang perlu dijawab Datuk Seri Najib termasuklah:


1. Mantan Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN, DS Anwar Ibrahim, telah membangkitkan isu urus tadbir 1MDB ini sejak tahun 2009 lagi, namun pelbagai amaran dan gesaan beliau untuk tindakan dilakukan dari awal tidak diendahkan. Maka mengapa Datuk Seri Najib selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tetap membenarkan pelbagai masalah di 1MDB ini berlarutan sehingga berhutang hampir RM50 bilion?

2. Bagaimana keputusan pelaburan-pelaburan yang disebut sebagai merugikan 1MDB dibuat memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Syarikat TIA dan 1MDB menyatakan segala keputusan pelaburan mesti mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri?

3. Memandangkan laporan tersebut menyatakan Lembaga Pengarah gagal melaksana tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat 1MB, adakah siasatan polis akan dimulakan terhadap bekas Ketua Eksekutif Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, ahli-ahli Lembaga Pengarah malah juga ahli-ahli Lembaga Penasihat?

4. Adakah Datuk Seri Najib akan membersihkan nama beliau serta nama negara dengan menyaman semua media antarbangsa terutamanya Wall Street Journal, yang sering membuat pelbagai dakwaan berat berkaitan isu 1MDB?

Rakyat Malaysia malah juga dunia menantikan jawapan dan penjelasan YAB Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN
8 April 2016

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa