Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Sunday, April 10, 2016

Kenyataan Media: Mahfuz kata 1MDB memang bermasalah

Kenyataan Media

LAPORAN PAC: BENAR 1MDB BERMASALAH.

1. Laporan Jawatankuasa Kira kira Kewangan Negara (PAC) berkatain skandal 1MDB telah dibentangkan di Parlimen pada 10 pagi khamis 7 Apr 2016.Malangnya pembentangan Laporan PAC tersebut dibentangkan pada hari akhir sidang Parlimen yang tiada lagi perbahasan melainkan perbahasan pindaan peraturan mesyuarat Parlimen dalam memenuhi agenda reformasi Parlimen.Pembentangan laporan SKANDAL NEGARA dihari akhir sidang sangat berlawanan dengan semangat untuk reformasi institusi Parlimen.

2. Yang paling mengejutkan ialah pembentangan Laporan SKANDAL NEGARA 1MDB oleh PAC tidak disertai dengan laporan Ketua Audit Negara.Sepatutnya Laporan ketua audit Negara mesti disertakan kerana dia adalah laporan yang berkaitan skandal yang sama dan menjadi rujukan PAC dalam siasatan dan mereka.Laporan katua Audit Negara telah dibentangkan kepada PAC.Yang peleknya kenapa laporan ketua audit negara masih dikurung dalam TELAGA BURUK OSA.

NAJIB:PM DAN PENASIHAT YANG GAGAL.

3. Apa pun laporan PAC telah mengakui 1MDB bermasaalah besar berbanding dengan penafian PM Najib dan pimpinan Umno pada peringkat awal pendedahan SKANDAL NEGARA 1MDB.Penafian oleh Najib diawal pendedahan Skandal ini menunjukkan kerajaan Umno Bn cuba untuk melindungi dan menyembunyikannya dari rakyat.Walaupun laporan tersebut meletakan beban kesalahan kepada pihak pengurusan,hakikatnya menyerlahkan kegagalan PM Najib berfungsi sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat.Ini jelas dengan Pengakuan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral yang memaklumkan kepada PAC yang Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersetuju dengan cadangan lembaga pengarah untuk melantik perunding/jurunilai bebas untuk membuat penilaian kedua terhadap aset syarikat usahasama iaitu PetroSaudi Ltd.Sebaliknya Najib memberi pengarahan yang lain kepada Lembaga Pengarah 1MDB (rujuk muka surat 95).Ini membuktikan penglibatan PM Najib dalam pengurusan syarikat 1 MDB.

4. Perakuan PAC tentang hutang syarikat yang begitu tinggi sehingga mencecah RM50 bilion pada Januari 2016 sangat tidak wajar yang memaksa syarikat membelanjakan RM3.3 bilion untuk pembayaran faedah keatas hutang terlalu tinggi berbanding dengan aliran tunai syarikat.Apatah lagi 1MDB terpaksa bergantung kepada pembiayaan semula untuk pembayaran balik hutang matang dan mengambil hutang baru untuk tujuan bayar faedah hutang sebelumnya.1MDB adalah model perniagaan yang sangat pelek.HUTANG BAYAR HUTANG.Ini menunjukan perniagaan 1MDB RUGI.

5. Adakah ini semua tanpa pengetahuan PM Najib.Sedangkan pengakuan Sharul Azral bekas CEO jelas menunjukan penglibatan Najib dalam urusan pengurusan syarikat.Ini membuktikan Najib adalah PM dan Pengerusi Lembaga Penasihat yang mempunyai kuasa dalam pengurusan syarikat.Laporan PAC menunjuk ada perkara yang menjadi tanda tanya tentang bidangkuasa dan serta penglibatan Najib dalam menentukan perjalanan syarikat yang cuba disembunyikan.Begitu juga persoalan sebarang komitmen kewangan dan pelaburan 1 MDB yang boleh mempunyai kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran bertulis Najib sebagai Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam artikel 117 M&A.Masih banyak perkara yang masih misteri dan memerlukan siasatan yang benar benar bebas. TANPA PENGUNDURAN NAJIB DAN KABINET DAPUR TIADA SIASATAN BEBAS.

#UndurNajib
#ReformNegara
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
9 Apr 2016/1 Rejab 1437h

1 comment:

  1. Laporan PAC ni masih tak menjawab bagaimana dan dari mana wang sebanyak RM 2.6 billion masuk ke dalam akaun peribadi Najibkan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa