Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 1, 2016

Mamat pencen pembakar jambatan ni pun mencelah juga........

Jangan ungkit lagi isu RM2.6 bilion Najib
31 MAC 2016
KUANTAN - Semua pihak perlu menghormati undang-undang negara dengan tidak lagi membangkitkan isu berkaitan dana RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ini kerana Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membuat pengesahan bahawa tiada kesalahan jenayah dalam kes itu hasil siasatan yang dilakukan.

"Peguam Negara sudah memainkan peranan menerusi Perlembagaan Persekutuan. Ia (Perlembagaan Persekutuan) sentiasa ada di situ untuk menjadi perbandingan kita.

"Jadi kita mesti mengambil jalan yang seimbang dengan peruntukan (undang-undang) itu, tetapi masih ada pihak lain yang mempertikaikannya...tetap tidak mahu diam, dan masih mahu mengungkit isu itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Budi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan di kampus berkenaan, di sini hari ini.

Rais, yang juga Presiden UIAM, berkata demikian sebagai mengulas laporan Australian Broadcasting Corporation (ABC) menerusi rancangan 'Four Corners' yang mengesahkan siasatan terperinci pelbagai pihak berkuasa bahawa dana diterima perdana menteri adalah derma daripada kerabat diraja itu.

Katanya kerabat diraja berkenaan sendiri telah pun membuat penjelasan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Najib merupakan sumbangan peribadi tanpa apa-apa balasan.

"Sehubungan itu tidak ada untungnya bagi kita untuk terus mencurigai perkara itu lagi kerana ia memberi kesan kepada kesejahteraan sosial dan juga undang-undang...lagi pula Datuk Seri Najib telah banyak membantu rakyat," katanya.

Katanya mereka yang masih lagi berhasrat memainkan isu itu dengan tujuan untuk menjatuhkan kepimpinan Najib disifatkan hanya melakukan perbuatan sia-sia kerana ia tidak akan berjaya. - Bernama

3 comments:

  1. Ini sorang lagi pemakan dedak. Kau ingat rakyat tak da orak ka...
    Bawa dulu ke mahkamah..bicara dulu..baru blh kata bersih.
    Ni blm apa2...terus tutup buku.
    Nampak sangat kamu ni pemakan dedak yh melindungi pemimpin yg buat kesalahan.
    Negara2 lain menyiasat sbb pengubahan wang haram..ag sini boleh tutup buku.

    ReplyDelete
  2. Ini pemimpin dedak ... bukan pemimpin rakyat..tapi penghulor dedak...

    ReplyDelete
  3. Kalau tak menyampuk ketinggalan lah jawabnya sedang pemakan dedak lainnya ligat macam gasing pangkah membodek. Nuar musa dah naik taraf dari pemakan dedak ayam kepada pemakan "mesh" yg lembu makan dah. Salleh said kurap dah maju kedepan takkan si per....... bibik ni nak duduk diam kut???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa