Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 14, 2016

MB Kelantan pulak masuk hospital

MB Kelantan masuk hospital, keadaan stabil
Posted on Thursday, April 14 @ 00:25:19 MYT by paktam
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kini sedang menerima rawatan dan pemantauan pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Mat Daud

Dalam kenyataan media kepada Malaysiakini sebentar tadi, Mohd Asri berkata Ahmad mengalami sedikit pendarahan di bahagian kepala dan dijangka akan menjalani pembedahan kecil esok.

"Beliau kini sedar sepenuhnya dan berada dalam keadaan stabil.

"Pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan YAB Ustaz Datuk Menteri Besar," katanya.

Beliau turut meminta semua pihak sama-sama mendoakan agar Ahmad pulih seperti sediakala dan dapat berkhidmat seperti biasa

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa