Wednesday, April 13, 2016

Mungkin Jebon!

Sumber derma RM2.6b dari Aabar DVI? soal MP Pas
13 April 2016 | MALAYSIA DATELINE
Mahfuz soal lagi derma 2.6b Najib

Pengakuan bertulis International Pertroleum Investmen Company (IPIC) kepada London Stock Exchange yang menyangkal penerimaan wang dari 1MDB atau dari Aabar Ltd menimbulkan spekulasi baru tentang sumber derma RM2.6bilion yang dimasukkan terus ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Adakah derma RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri itu merupakan "derma" daripada syarikat Aabar BVI?," soal Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Beliau terkejut bila syarikat International Petroliam Investmen Company (IPIC) dalam pengakuan bertulisnya kepada London Stock Exchange menyatakan IPIC tidak pernah menerima sebarang wang daripada 1MDB mahu pun daripada syarikat Aabar British Vergin Islands (BVI) yang dikatakan telah menerima USD3.5 bilion (RM13 bilion) daripada 1MDB.

"Sedangkan wang tersebut sepatutnya dibayar kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (ABU DHABI) dan IPIC serta Aabar Investment PJS mengesah dalam pengakuan bertulis kepada London Stock Exchange bahawa syarikat Aabar BVI bukan entiti di bawah mana-mana kumpulan (anak syarikat) syarikat milik mereka," katanya.

Menurutnya, pengakuan bertulis IPIC dan Aabar Investment PJS kepada London Stock Exchange mengesahkan Laporan PAC berhubung kawalan pengurusan tadbir urus 1MDB di muka surat 92 pada para 7.3.12. Para tersebut mencatatkan 1MDB telah mengemukakan Certificate Of Incumbency yang dikeluarkan oleh Offshore Incorporation Limited bagi membuktikan bahawa Aabar Ltd yang berdaftar di British Vergin Islands (BVI) adalah anak syarikat IPIC. Tetapi Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati Aabar BVI tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC berdasarkan Penyata Kewangan 2013 dan 2014.

Pengakuan IPIC dan Aabar Investmen PJS sendiri katanya, telah mengesahkan Aabar BVI bukan milik mereka.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan adakah sijil daripada Offshore Incorpprotion yang diberikan 1MDB kepada JAN itu palsu, atau adakah 1MDB telah memalsukan sijil tersebut? Daripada mana sebenarnya 1MDB mendapat sijil tersebut?

"Pada hemat saya, jelas 1MDB telah menipu Jabatan Audit Negara (JAN)," katanya.

Persoalan yang lebih besar bagi belaiu ialah kepada siapa wang berjumlah kurang lebih USD3.5 bilion (RM13 bilion) itu dibayar dan akaun mana wang tersebut di depositkan? Jika ke akaun Aabar BVI, siapakah pemiliknya? Adakah pemiliknya JEBON? Kalau bukan ke akaun Aabar BVI, ke akaun mana wang tersebut didepositkan oleh 1MDB dengan kebenaran bertulis Najib? Adakah wang tersebut dideposit ke akaun Pak Man Telo atau kepada akaun Ceti atau akaun Along?

Semua ini katanya menimbulkan tandatanya adakah benar "derma" RM2.6 bilion yang diterima PM Najib itu merupakan "derma" daripada syarikat Aabar BVI?

"Syarikat yang JAN, PAC, BANK NEGARA, SPRM, PDRM dan AG tidak tahu siapa pemiliknya? Mungkin Jebon!," tambahya

# di sini suara Mahfuz ni mewakili parti atau individu/MP?
   Kalau mewakili PAS nanti tak ke Hadi murka?

1 comment:

  1. Jangan main kasar YB!

    Murshidul Am dh cakap ianya tk munasabah pitis rm2.6b masuk ke akaun peribadi Najib, dan mr presideng anda pun dah cakap, kita perlukan 4 orang saksi utk buat pertuduhan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa