Wednesday, April 13, 2016

Zaid sokong Zahid pimpin negara : Walau pun Zahid tidak demokratik dan dianggap tidak bersih?

Beri Zahid peluang pimpin negara, kata Zaid
 | DALIA ISMAIL
Datuk Zaid IbrahimDatuk Zaid IbrahimDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berundur sebaik sahaja berlangsungnya Pilihan raya Negeri Sarawak kelak.
Pandangan ini dilontarkan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, pengunduran Najib perlu dilakukan kerana Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri yang juga pemanggu Timbalan Presiden Umno itu perlu mengutamakan kepentingan negara berbanding seorang Presiden Umno.
"Zahid mesti meletakkan kepentingan negara yang pertama, walaupun ini bermakna beliau meletakkan dirinya berisiko. Beliau mempunyai kuasa untuk menjalankan pemberontakan ini.
"Kita telah melalui banyak tekanan mengenai skandal 1MDB kini adalah masanya untuk mengakhirinya.
"Saya bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa kita perlu bergerak - tetapi kita mesti melakukannya tanpa Najib," ujarnya di sebagaimana dipetik dari dalam blognya semalam.
Bagaimanapun Zaid turut mengakui desakan yang dibuat itu tidak akan dipersetujui oleh rakan-rakan daripada pakatan pembangkang dan NGo, namun katanya, beliau tetap menegaskan kepada mereka, bahawa Zahid perlu mengambil alih kuasa.
"Mereka dakwa Zahid mungkin lebih buruk daripada Najib. Saya mendapati bahawa sukar untuk difahami. Walaupun saya tidak tahu Zahid baik, saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa ia tidalah seteruk daripada Perdana Menteri yang ada hari ini." ujarnya.
Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Ahmad Zahid HamidiZaid turut memuji Timbalan Perdana Menteri itu seorang yang 'baik' kerana cenderung untuk menunjukkan kefahamannya mengenai Islam dan Melayu.
Bagaimanapun ujarnya lagi, kadangkala mereka yang bertanggungjawab untuk menguruskan imej Zahid tidak meletakkannya dengan baik sebagai seorang bakal Perdana Menteri yang berpotensi untuk semua.
"Tetapi itu boleh diatasi. Beliau sebenarnya seorang yang baik.
"Seperti saya pernah cakap di Sinar Harian semalam, ia perkara kecil kepada saya jika Umno mahu orang lain selain daripada Zahid sebagai Perdana Menteri.
"Apa yang saya dapati toleransi dalam sistem pentadbiran kerajaan semakin lumpuh dan parti pemerintah Umno-BN gagal bertindak balas terhadap salah laku, yang dilakukan oleh pemimpin negara. Adakah ini jalan ke hadapan untuk kita?",soalnya.
Beliau mengambil contoh pemimpin Korea Utara Kim Jong-un akan kekal memimpin Korea Utara melainkan jika dia dibunuh atau disingkirkan melalui rampasan kuasa tentera, ujarnya pasti rakyat negara ini tidak mengambil jalan menghala kepada kehancuran sebuah kerajaan.
"Apabila situasi menjadi semakin buruk dikalangan penyokong kuat Umno-BN akhirnya mereka akan bertindak/
"Adakah mereka mempunyai garisan sempadan sendiri apabila mendapati seorang pemimpin perlu melangkaui sesuatu sebelum membuat keputusan untuk berundur?
"Mereka boleh terus menggunakan media berkali-kali menyebarkan propaganda kepada rakyat yang tidak curiga, tetapi pemimpin-pemimpin ini pasti tahu fakta sebenar berlaku.
"Saya tidak boleh percaya bahawa mereka telah mula mempercayai pembohongan mereka sendiri, dan tidak lagi tahu di mana garis sempadannya.
"Adakah pemimpin-pemimpin Umno juga mempunyai garis sempadan? Adakah mereka tidak mengambil berat tentang apa yang ahli-ahli parti dan orang Melayu rasa tentang isu ini?
"Adakah mereka tidak mengambil berat tentang apa yang dunia sedang memikirkan tentang mereka?
"Saya yakin mereka lakukan, dan bahawa satu-satunya perkara yang menghalang mereka daripada bertindak balas dan melakukan sesuatu untuk menyingkirkan Najib, ialah takut tindakan balas yang akan dilakukan Najib.
Zaid berkata sebuah parti politik yang tidak mengenal sempadan, yang menerima pemimpin kerana takut dan mempertahankan pembohongan dan pelanggaran undang-undang dengan sewenang-wenangnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang gagal suatu hari kelak.
"Zahid mungkin tidak demokratik. Beliau mungkin tidak menjadi seorang yang bersih, tetapi selagi kita berpegang kepada prinsip Parlimen parti majoriti yang memerintah kerajaan, maka kita perlu menerima beliau sebagai Perdana Menteri yang baru.
"Pemimpin Umno yang terus mengatakan patut memberi Najib sekali lagi peluang perlu membetulkan semula kata-kata itu - Beri Zahid peluang." tegasnya.
Ujarnya lagi, Zahid mungkin tidak demokratik atau dianggap  tidak bersih, tetapi selagi kita berpegang kepada prinsip berParlimen iaitu parti majoriti memerintah kerajaan, maka kita perlu menerima beliau sebagai Perdana Menteri yang baru.
"Pemimpin Umno yang terus mengatakan memberikan Najib peluang sekali lagi perlu menyusun semula baris kata-kata itu: Beri Zahid Peluang." ujarnya.

2 comments:

  1. Nmpk tak permainan diorang nie....munafik sunnguh

    ReplyDelete
  2. Kalau gitu Ahmad maslan adalah calon yg lebih baik...dia ada cgpa 3.82 ja bukan rm 3.2b. Malah dia juga bukan jawla (jawa+bangla).......Zahid xubah macam najib juga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa