Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 14, 2016

Penjelasan 1MDB tak boleh dipercayai

Penjelasan 1MDB tak boleh dipercayai – Tun M
 | April 13, 2016
Beliau mendakwa 1MDB sering mengguna pelbagai nama syarikat bagi mengaburi rakyat dan untuk menyakinkan yang syarikat itu dipihak benar.
mahathir,1mdb
PETALING JAYA: Kesemua penjelasan yang dibuat anak syarikat kerajaan yang sarat dengan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh dipercayai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini kerana, katanya, 1MDB kerap mengunakan nama syarikat lain bagi mengaburi mata rakyat untuk percaya setiap penjelasan yang dibuat.
Beliau memberi contoh jawapan 1MDB terhadap kenyataan akhbar International Petroleum Investment Company (IPIC) bahawa IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investment PJS (Aabar) tiada kena mengena dengan Aabar BVI (British Virgin Islands).
Katanya, IPIC dan Aabar mengesahkan bahawa mereka tidak pernah terima bayaran dari Aabar BVI.
1MDB sebelum ini dilaporkan menyalur dana USD3.51 bilion kepada Aabar VI yang sehingga kini tidak dapat disahkan kewujudan syarikat itu.
“Aabar BVI didapati bukanlah Aabar anak syarikat IPIC. 1MDB kerap mengguna nama syarikat lain supaya dipercayai orang. Demikian apabila terdapat sebuah syarikat Amerika yang bernama Blackstone Group.
“Maka sebuah syarikat di Hong Kong pun diberi nama “Blackstone Asia Real Estate Partners” supaya difikir syarikat ini ada kaitan dengan syarikat Blackstone Group di Amerika. Blackstone Group dilapor menafikan bahawa “Blackstone Asia Real Estate Partners” mempunyai kaitan dengannya, ” katanya menerusi posting blog terbaharunya http://chedet.cc/.
Dr Mahathir pada masa sama, turut mencabar, pihak 1MDB serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman media antarabangsa sekiranya pendedahan yang dibuat itu fitnah.
“Tetapi walaupun media asing ini membuat bermacam tuduhan terhadap Najib, seperti melapor Najib rasuah, Menteri Kewangan yang terburuk di dunia, memiliki RM 2.6 billion dalam akaun peribadi yang datangnya dari 1MDB, Najib tidak pernah bertindak saman malu terhadap WSJ atau Sarawak Report atau Washington Post dan lain-lain.
“Jika dakwaan mereka tidak berasas kebenaran saman malu oleh Najib bukan sahaja akan menghasil ganti rugi berjuta dollar tetapi dakwaan buruk terhadapnya akan berhenti. Tidak adanya saman malu oleh Najib mengesahkan tuduhan mereka adalah benar.
“Laporan PAC yang berasas kepada kenyataan 1MDB bahawa Najib tidak terlibat dengan segala salahlaku, tidak boleh diterima. Lagipun sebagai PM dan Menteri Kewangan serta Penasihat kepada 1MDB, membiar pegawai di bawahnya membuat berbagai keputusan berkenaan berbillion dilabur, dipindah, diberi pinjam, dihilangkan menunjuk sikap tidak mengambil berat terhadap wang Kerajaan yang begitu banyak.
“Najib tidak menjalankan tanggungan fiduciary dengan bertanggungjawab.Ini adalah satu kesalahan besar walaupun laporan PAC menuding jari ke arah Shahrol Azral Ibrahim Hilmi (bekas CEO 1MDB) sepenuhnya.
Sementara tindakan terhadap Shahrol perlu diambil, tindakan terhadap Penasihat 1MDB yang mewakili kerajaan tidak boleh diketepikan,”katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa