Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 17, 2016

PRN 11 Sarawak: Kenapa PAS mengeluh apabila di kesampingkan oleh PKR

Kenapa PAS mengeluh apabila di kesampingkan oleh PKR ketika menghadapi PRN 11 Sarawak, 2016?

1. Bukankah PAS menyebut mereka lebih kuat apabila bersendirian. Jika kuat bersendirian kenapa masih mengharapkan PKR.

2. Bukankah PAS mendakwa mereka mempunyai blok ke 3 pembangkang yang di geruni bersama Parti IKATAN. Untuk apa mengharapkan PKR, kenapa tidak mengharapkan Parti IKATAN Kadir Sheikh Fadhil.

3. Bukankah PAS mendakwa menyertai pilihanraya bukan untuk mencari kemenangan tetapi mencari keredhaan.

4. Bukankah PAS mendakwa mereka tidak haloba mencari jawatan. Jadi apa perlunya mereka mencapai kemenangan.

5. Bukankah Presiden PAS pernah mendakwa Kajang Move tidak pernah mendapat restu dari PAS dan kerana itulah PAS tidak merestui pilihanraya kecil Kajang. Di sinilah bermulanya episod keretakan hubungan PAS-PKR.

6. Bukankah PAS mendakwa haram memangkah calon yang menolak hudud ketika Presiden PKR bertanding di Parlimen Permatang Pauh.

8. Bukankah Presiden PAS pernah mendakwa mereka yang menyokong Presiden PKR ketika isu Menteri Besar Selangor 2014 ialah 'Barua dan Broker'.

9. Bukankah Presiden PAS pernah menuduh PKR telah meletakkan calon 'pil kuda' pada PRU 13.

10. Bukankah PAS pernah bertanding dengan PKR secara 3 penjuru ketika PRU 13. Bukankah ini menunjukkan PAS tidak mempunyai muafakat yang baik dengan PKR.

11. Bukankah Presiden PAS pernah merendah-rendahkan Presiden PKR yang di sifatkannya tidak layak menjadi Menteri Besar.

12. Bukankah Presiden PAS suatu ketika dahulu ketika di dalam Pakatan Harapan pernah memperlihatkan sikap dingin bersama rakan komponen termasuk PKR dengan bertindak tidak hadir Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan Presiden PAS tidak pernah bersedia untuk berunding bersama.

13. Bukankah PAS kini sudah tidak lagi bersama sebagai rakan komponen di dalam Pakatan Harapan.

14. Bukankah Dr Zuhdi Pengarah Penyelidikan PAS Pusat mendakwa melalui kajiannya BN akan menang besar di dalam PRN Sarawak. Jadi untuk apa PAS bekerja untuk mencari kemenangan sedangkan PAS sudah awal-awal lagi telah dapat mengesan kemenangan BN. Bukankah ini juga memberikan kemenangan moral kepada BN.

15. Bukankah PRN Sarawak, PAS mendakwa yakin akan menang menerusi akhbar rasminya HARAKAH.

a. Kalau yakin akan menang mengapa masih mengharapkan PKR.?

b. Kalau yakin akan menang kenapa tidak bertanding semua kerusi DUN di Sarawak.?

16. Bukankah PAS mendakwa sanggup kalah pilihanraya kerana hudud. Mengapa PAS tidak mengeluarkan manifesto akan memperjuangkan hudud di Sarawak untuk membuktikan keikhlasan mereka.

17. Bukankah Presiden PAS pernah menghina pengundi Sarawak ekoran kekalahan PAS ketika PRK Batang Ai 2009 yang di sifatkan pengundi di sana masih bercawat. Ucapan beliau kini menghantui PAS.

Terlalu banyak untuk di perkatakan di sini perihal kepimpinan Pas. Ini belum lagi di kupas secara terperinci bahawa PAS sudah ketinggalan di dalam arus politik perdana di Malaysia. Semoga pengundi Sarawak bijak membuat perhitungan ketika mengundi nanti.

Admin
~#UAA_SUPPORTERS
Sun Tzu

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/04/13/pkr-tiada-kaitan-dengan-pas/ - sun tzu

2 comments:

  1. pas dahulu ada Pak Nik tapi sekarang nak harap siapa ? yang ada semadi nadai.

    ReplyDelete
  2. kerana pulut santan binasa...
    dah rasa hebat sangat kan ...tanggong je la..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa