Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 17, 2016

PRN Sarawak: Ini yang mereka mahukan dan mereka tidak pedulikan isu lain

Pemimpin pribumi: Pengembalian hak penting demi masa depan Sarawak

 | April 16, 2016
Ketua-ketua Kaum menyokong penuh usaha Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dalam menuntut autonomi daripada persekutuan.
EXCLUSIVE
Dayak
LUNDU: Pengembalian semula hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 amat penting demi masa depan negeri ini.
Demikian kata Ketua Kaum Kampung Sileng Dayak, Bong Bujan yang turut menyambut baik usaha Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang menuntut kembali hak-hak tersebut sejak mula mengambil alih pentadbiran dua tahun lalu.
“Autonomi ini memang ada dalam perjanjian semasa penubuhan Malaysia. Apa yang diusahakan oleh Ketua Menteri sudah pun ada ada di sana.
“Ini amat penting bagi masa depan Sarawak, dan paling utama adalah kita tentunya dapat mentadbir dengan lebih baik beberapa hal negeri, jika dibandingkan dengan persekutuan,” katanya kepada FMT.
Beliau merujuk usaha Adenan dalam ‘perununan kuasa’ dari persekutuan ke kerajaan negeri dalam bidang pendidikan, serta hal-hal lain seperti pelancongan dan perikanan.
Selain itu, Adenan juga menuntut pembangunan sama-rata dengan Semenanjung serta peningkatan royalti petroleum dari lima hingga 20 peratus.
Bagi Presiden Komiti Raban Bansa Tuai Iban Daerah Lundu Pemanca Layang Engot pula menekankan aspek ekonomi, terutama royalti petroleum.
“Ini hal kontroversi, tapi perlu. Kita pun tahu sendiri. Dari segi kewangan (negeri) amat bergantung kepada pusat, maka ini amat membantu,” katanya.
Beliau juga membangkitkan soal rakyat yang semakin sedar dalam isu ini berbanding dahulu.
“Dahulu hal ini jarang diperkatakan. Sekarang semakin ramai yang membincangkannya, masyarakat semakin faham,” katanya lagi
Calon langsung BN bagi DUN Opar, Ranum Mina menekankan agar setiap usaha tuntutan autonomi dibuat melalui saluran yang betul, dengan merujuk kepada gerakan ‘Sarawak for Sarawakian’.
“Kelihatannya mereka terlalu ghairah. Sentimen itu betul, tetapi perlu dibuat secara betul, sedikit demi sedikit,” katanya lagi.
Isu pengembalian kuasa negeri sememangnya merupakan perkara utama Adenan, dan dilihat akan menjadi isu utama dalam kempen PRN kali ini.
Beliau malah pernah membayangkan tidak peduli dengan skandal 1MDB yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, asalkan Najib mahu berbincang tentang soal tersebut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa