Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 15, 2016

PRN Sarawak: PAS dah merasa bahang dan bahana dari keegoannya selama ini

Pas terkilan dengan PKR di Sarawak
15 April 2016 | MALAYSIA DATELINE
Pas meletakkan 11 calon dalam PRN Sarawak

Setelah menguar-uarkan bahawa ia lebih suka bersendirian dalam arena politik negara, Pas mula merungut tentang layanan tidak setara diterima daripada 'rakan tahaluf siyasi'nya PKR di Semenanjung berbanding Sarawak.

Timbalan Ketua Penerangan Pas Selangor Roslan Mohd Shahir dalam komennya di media sosial mempertikaikan layanan buruk yang diterima parti itu daripada PKR di Sarawak.

"Di Semenanjung Malaysia Pas merupakan kawan yang dihargai tetapi di Sarawak tidak.

"Mengapa berlaku double standard begini?

"Seluruh jentera Pas dari Semenanjung dan Sabah telah dan akan turun mengikut jadual ke Sarawak bagi membantu kesebelas calon-calon Pas yang bakal bertanding.

"Takkan kerana cintakan DAP dan Pan (Amanah) yang langsung tiada kekuatan di Sarawak itu PKR Pusat tergamak membiarkan Pas begini di Sarawak," rungutan Roslan yang dikongsi laman Fb rasmi Dewan Pemuda Pas Pusat dipetik.
Komen Roslan Shahir di media sosial tentang hubungan Pas PKR.

Menurut Roslan, Pas yang sudah biasa bersendirian masih mengiktiraf dan menganggap PKR sebagai 'kawan'.

Beliau juga mahu PKR Pusat tidak membiarkan 'hubungan keruh' antara kedua buah parti berlarutan kerana dibimbangi bakal memberi kesan kepada jentera Pas yang turun berkempen di Sarawak.

"Saya tidak percaya Datuk Seri Anwar (Ibrahim) yang berjuang bersama Pas selama ini akan mengizinkan ketegangan ini berlaku," ujar kolumnis Harakah itu lagi.

PKR Sarawak baru-baru ini mengumumkan menolak sebarang perbincangan dengan Pas berhubung isu pengagihan kerusi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang dijadualkan 7 Mei depan.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, penyertaan Pas dalam PRN kali ini tidak menjadi pertimbangan parti itu kerana mereka bukan sebahagian daripada pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Pas tiada kaitan dengan kami. Di mana Pas mahu bertanding, itu hak mereka. Pas bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pas sebelum ini dilapor bersedia berhadapan pertembungan dengan parti komponen pakatan pembangkang di beberapa kerusi PRN Sarawak.

Malah Setiausaha Pas Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, parti itu menjangkakan bakal berlaku perebutan di sekurang-kurangnya lima kerusi membabitkan PKR dan DAP.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pada 6 April lalu mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Sementara itu, Baru yang juga penyandang kerusi Dun Ba'kelalan berkata, PKR berhasrat untuk bertanding di 40 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

"Isu agihan kerusi belum selesai... belum muktamad. Perbincangan antara PKR, DAP dan Amanah masih berjalan.

"Namun PKR berharap dapat meletakkan calon di 40 kawasan. Selebihnya terpulang kepada DAP dan Amanah," katanya.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini menyifatkan Pas tidak mempunyai pengaruh di Sarawak.

"Di Sarawak Pas kurang pengaruh. Pas tak ada kerusi di sana. Pengaruh Pas di Sabah dan Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung Malaysia," katanya dalam sidang media seusai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

2 comments:

  1. pemimpin pas memang tak ada maruah lansung..
    masa pru...pas khianati pakatan rakyat terutama pkr..meletak kan calun di tempat calun pkr.
    padan muka..cakap besar sangat..
    di PRN serawak pss tak ada kena mengena dengan pkr atau ph.
    minta tolong dari ikatan la.
    hahahahahaha..
    dah terlajak kata...bukan terlajak laris..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas akan terus melepas bukan saja di sarawak malah di kelantan jugak. Pas akan jadi tiga suku selepas ini.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa