Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 6, 2016

Rafizi - An effective leader

Rafizi - An effective leader

Sekarang ini jarang kita boleh dapat seorang pemimpin seperti Rafizi Ramli.

Muda, tegas, berani, cerdik dan sentiasa boleh berdamping dan bersahaja dengan orang bawah.

Penduduk2 di Pandan senang dengan beliau. Kawan2 beliau di jabatan2, sama ada di sektor awam atau swasta,  ahli2 perniagaan, suri2 rumah, orang mesjid, orang2 di gerai2, pendidik, golongan professional, orang2 muda, orang2 pencen, kawan2 dan seteru politik semuanya mengakui bahawa Rafizi adalah satu ikon baru bagi negara ini.

Apabila beliau membuka mulut sudah tentu ia seolah2 satu bom nukleur meledak dan sudah pasti membawa banyak kerosakan.

Apa isu2 hangat yang beliau tidak sentuh ? Dari hal lembu kepada kisah2 IMDB, RM2.6, GST, Tabung Haji, PKFZ, Mara, LTAT dan banyak lagi.

Beliau amat berani mendedahkan semua kisah2 yang besar2 dan panas2.

Saya tak perlu ulang lagi di sini kisah2 itu kerana pendedahan2 yang beliau lakukan dengan amat berani sudah pun diketahui umum.

Disebutkan bahawa apabila beliau uploadkan pendedahan2 di Facebooknya dia akan mendapat 'Like' sehingga lima juta orang !
MasyaAllah.

Ini sudah tentu amat menggerunkan musuh2 politiknya.

Pendedahan2 yang dibuat amat ditunggu2 dan kisah2 yang timbulkan akan menjadi cerita hangat berminggu2 berbulan2.

Ini mengingatkan saya seolah2 kepada cerita P Ramlee zaman muda2 dahulu.
Lagu2 beliau akan meletup dan menjadi kesukaan ramai baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan semua rakyat Malaysia termasuk juga di luar negara Indonesia, Brunei, Thailand dan lain2.

Begitulah pula hari ini Rafizi boleh menghangatkan suasana dengan pendedahan2 demi pendedahan. Orang lain tak sehebat beliau. Cerita beliau disebut2 berminggu2 dan berbulan2.

Aura Rafizi

Beliau ada aura. Beliau boleh menerangkan perkara2 yang susah2 dengan perkataan2 cara mudah. Orang kampong pun senang faham.

Kali terakhir saya bersama beliau ialah di kawasan YB Arif di Raub minggu lepas. Tamrin pun ada.

Orang2 kampung mengenali beliau. Mereka mendengar penerangan yang beliau beri hingga lewat malam. Tak ada siapa yang meninggalkan majlis. Banyak kisah menyentuh hal mereka. Misalnya soal harga barang naik, hal biasiswa, hal Tabung Haji, Felda dan lain2.

Inilah sebenarnya yang ditakuti oleh musuh2 politiknya. Cerita dia menarik. Senang difaham.

Saya teringat kisah cerita Hang Nadim, Singapura Di Langgar Todak.

Pembesar2 di sana cemburu dan curiga dengan kecerdikan dan kepintaran Hang Nadim lalu di hasut Raja supaya membunuhnya.

Ini lah salahnya kalau seseorang itu cerdik dan pintar ada pihak akan rasa tergugat.

Negara2 yang maju dan berjaya biasanya akan memilih orang2 yang cerdik, pintar dan amanah untuk memimpin dan mentadbir negara.

Nabi Muhammad saw adalah ikon kita, sangat amanah dan amat sederhana di dalam serba bidang. Baginda contoh dan tauladan yg kita akan ikuti.

Bagi saya Rafizi adalah lambang pemuda baru di negara ini, berani, ikhlas, berterus terang, amanah dan tak sombong.

Beliau telah bersuara. Banyak suaranya telah didengar.

Saya fikir apa yang disebutkan oleh beliau berbulan2 dan bertahun2 ini telah merebak, ibarat ombak di laut. Ombak kecil kini beransur2 berubah menjadi ombak besar.

Banyak yang ditimbulkan oleh Rafizi telah tersebar. Tersebar luas.

Bersama dengan pemimpin2 lain saya perhatikan rakyat di negara ini sudah bersedia untuk berubah. Mereka mahu pemimpin Melayu yang Bermaruah.

Mereka juga nampaknya telah bersedia meletakkan pimpinan baru di Putrajaya menjelang Pilihanraya ke 14 2018.

Mudah2an Allah saw akan makbulkan hajat lebih lima puluh dua peratus rakyat Malaysia yg sudah memutuskan untuk berubah 2013 yang lalu. Kita sudah ada pemimpin2 lelaki dan wanita yang cukup layak serta beramanah untuk menerajui negara.


Terima kasih Rafizi Ramli.

We salute you.

TS Muhammad Muhammad Taib
6 April 2016

2 comments:

  1. terbaik rafizi!anda adalah pemimpin hebat dalam pembikinan....I salute you guu.

    ReplyDelete
  2. Tidak pernah terfikir suatu hari akan ada seorang Ahli Parlimen sehebat Rafizi. Apa yang beliau kemukakan jarang sekali tak tepat. Jarang tersasar daripada sasaran, yang ditembaknya pasti kena. Belaiu lengkap sebagai seorang ahli politik versatile. Cuma kurang waspada sedikit tetapi itu adalah kerana dia ghairah mendedahkan kepincangan serta salah tadbir pemerintah. Rakan politik yang boleh dikatakan baik selain daripada amat tajam dari segi pengamatan. Secara mudahnya Rafizi sebenarnya sedang menjadi satu "force" yang tersendiri. Dan ini sangat ditakuti oleh musuh2 politiknya. Mereka telah lama mencuba untuk menjerat Rafizi malangnya dalam leka Rafizi mereka gagal untuk memerangkap beliau sehinggalah Rafizi sendiri yang membuka peluang tersebut kepada mereka. Tentu sahajalah tidak akan dilepaskan terutamanya oleh igp kaliiid yang semakin hari semakin bongok kelihatannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa