Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, April 8, 2016

Rafizi pun buat 'cabaran bodoh' macam Bung Mukhtar cabar Syed Saddiq?

Keluar lokap, Rafizi cabar IGP tanding p'raya
Posted on Friday, April 08 @ 15:16:54 MYT by paktam
Isu sama ada pemimpin PKR Rafizi Ramli diarah meletakkan tangan di belakang ketika dalam tahanan polis terus berpanjangan.

Selepas sahaja dibebaskan dengan ikat jamin, setiausaha agung PKR itu terus mencabar Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanding dengannya jika mahu bermain politik.

“Kalau IGP nak main politik mari bertanding di Pandan,” tulis anggota parlimen Pandan di Twitter.

Tegas naib presiden PKR itu lagi, tindakan beliau meletakkan tangan di belakang seolah-olah seperti digari adalah sebahagian standard operasi piawai (SOP).

Malah, Rafizi berkata arahan tersebut dibuat pegawai terlibat di hadapan peguamnya Saiful Izham Ramli.

“Arahan untuk letak tangan di belakang adalah budi bicara pegawai (polis) dan ia dibuat di hadapan peguam saya,” tulisnya.

Justeru, Rafizi berkata beliau akan berbincang dengan peguam sama ada mahu mengambil tindakan saman terhadap Khalid atau tidak.

Sebelum ini beberapa keping gambar beredar di media sosial yang menuduh Rafizi berlakon seperti digari ketika diiring polis.

Saiful mendakwa Rafizi diminta meletakkan tangan di belakang sebagai sebahagian SOP bagi membataskan pergerakan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Khalid menyifatkan dakwaan itu sebagai “cerita dongeng”.

Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan.

1 comment:

  1. Adakalanya..cara mcm tu sesuai utk ajar org yg bodoh sombong.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa