Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 13, 2016

Sekarang ke Thailand adalah perjalanan yang bahaya

Serangan bom di Songkla: Tiada rakyat Malaysia terlibat, kata Kementerian Luar
Astro Awani |  April 12, 2016 22:50 MYT
Serangan bom di Songkla: Tiada rakyat Malaysia terlibat, kata Kementerian Luar
Seorang anggota polis dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut manakala lapan yang lain cedera dalam kejadian serangan bom di hadapan stesen kereta api Chana di wilayah bergolak selatan Thai pada 5.30 petang tadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat akibat kejadian letupan bom di hadapan stesen keretapi Chana, Songkla semalam.

Selain itu, Malaysia turut mengutuk kejadian yang telah mengorbankan seorang anggota polis dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, serta menyebabkan lapan individu cedera.

"Kerajaan Malaysia mengutuk kejadian letupan di hadapan Stesen Keretapi Chana, Daerah Chana, Songkhla pada 11 April 2016, yang telah mengorbankan dua nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada lapan orang yang lain.

"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Thailand dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut," kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam perkembangan terbaharu, jumlah mereka yang cedera dalam kejadian letupan bom itu telah meningkat kepada 15 orang, lapor Bernama.

Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Lt Jen Polis, Wirapon Chunpakdee berkata bom yang dipasang pada motosikal itu dianggarkan seberat 20 kilogram meledak bersebelahan sebuah kenderaan polis.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa