Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 12, 2016

Skandal 1MDB: Perlu tubuh badan siasatan diRaja, siasatan PDRM dan SPRM

 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanKerajaan mesti mengambil pendekatan bertanggungjawab dan harus tubuhkan satu badan siasatan diRaja untuk menyiasat secara terperinci kenapa 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berhutang sehingga RM50billion sebagaimana Laporan Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.
Gesaan ini dibuat oleh bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang turut mengulangi desakan beliau agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan menyeluruh terhadap ahli lembaga pengarah 1MDB dan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.
"Mengapa kini baru tawarkan diri untuk letak jawatan? Saya dah kata pada Najib sejak bulan disember 2014 lalu bahawa kesemua lembaga pengarah syarikat 1mdb mesti dibuang dari awal lagi.
"Kesemua mereka telah gagal sehingga menyebabkan hutang syarikat bermasalah itu mencecah rm42 billion pada tahun 2014 dan kini prosiding PAC pula mengatakan hutang sudah RM50bilion," ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru Khairuddin mendesak pengerusi lembaga penasihat 1mdb juga sepatutnya bertanggungjawab di atas kegagalan serta pelbagai kelemahan dalam pentadbirannya.
"Najib sepatutnya letak jawatan terlebih dahulu untuk membuktikan bahawa beliau seorang yang berprinsip dan bertanggungjawab di atas kegagalan syarikat 1MDB.
"Kesemua mereka ini tak boleh dibebaskan begitu saja.Mereka harus letak jawatan secara serta merta dan pihak PDRM mahupun SPRM mesti bertindak untuk menyiasat setiap orang ahli lembaga pengarah 1MDB sekalipun mereka telah melepaskan jawatan.
Laporan Prosiding PAC Rabu lalu telah membuktikan bahawa terdapat banyak salah urus tadbir serta kelemahan dalam pengendalian kewangan syarikat bermasalah itu.
Parlimen juga memaklumkan bahawa hutang syarikat 1mdb bukan RM42 billion tetapi RM50 billion sehingga bulan januari 2016.
"Kesemua penyangak-penyangak ini telah menyebabkan kerugian yang begitu besar pada syarikat 1MDB. Ini melibatkan kerugian pada duit kerajaan mahupun rakyat yang cukup banyak jumlahnya.
"Dalam masa yang sama keseluruhan rakyat merasa amat pelik kerana laporan ketua audit negara masih diklasifikasikan secara OSA dan tidak dibentangkan secara terbuka. Apa kandungan laporan ketua audit negara?! Rakyat minat untuk mengetahui hakikat faktanya.
"Kenapa nak sorok lagi?! Apa yang takut sangat sekiranya tiada unsur-unsur salahlaku berlaku dalam urus tadbir syarikat 1MDB sepertimana yang diperkatakan oleh Perdana Menteri.
"Isu kes skandal 1mdb mesti diselesaikan secara lebih terbuka mengikut lunas undang-undang," ujarnyabekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan ini.
Khairuddin berkata, laporan-laporan dari luar negara telah membuktikan bahawa wujudnya unsur-unsur pengubahan wang haram melalui penggunaan bank-bank dari Switzerland dan Amerika syarikat.
"Sebab itu saya buat laporan di lima negara memohon pihak penguatkuasa undang-undang di Switzerland, Hong Kong, Singapura, London dan Peranchis menyiasat kesalahan pengubahan wang haram
"Saya juga ingin mencabar peguam negara agar membenarkan SPRM mendapatkan semua bahan bukti dari pejabat peguam negara switzerland. Tolong jangan sekat untuk SPRM berbuat demikian,"
"Kerajaan najib tun razak mesti akur dan berpegang pada nasihat majlis raja-raja melayu yang mahukan kes polemik skandal 1mdb disiasat secara telus, adil serta saksama tanpa campurtangan orang-orang politik," desaknya yang mahu PDRM dan SPRM secara telus serta bebas tanpa campur tangan dari mana-mana pihak untuk melakukan siasatan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa