Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, April 1, 2016

Takyah cabar-cabar.........kalau berani pecat jerlah!

Pemuda Pas cabar Husam keluar parti
 | MALAYSIA DATELINE
Ahmad Fadhli ShaariAhmad Fadhli ShaariDewan Pemuda Pas Negeri Kelantan secara sinikal mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa segera keluar dari Pas selepas dilihat lancang mengkritik kepimpinan parti itu yang mengatakan ahli dan pemimpin Pas makan 'dedak'.
Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari dalam status facebooknya menafikan sekeras-kerasnya ahli dan pemimpin Pas termakan dedak.
"Pemimpin kami tidak makan dedak, hanya berhati-hati dalam bertindak.
"Bukan melulu menyokong, tergesa-gesa mahu ke depan, tidak sedar diri menjadi tangga musuh.
"Hairannya, kalau benar bagai dikata, apa ditunggu di dalam parti dedak ini, perahu sudah ada di air, dayung sudah ada di tangan, ayuh Datuk tunjukkan jantan." ujarnya.
Pada Kongres Rakyat Ahad lalu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegur secara terbuka pada Kongress Rakyat agar Pas segera membuat keputusan untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat.
Husam dipetik berkata, ahli dan pemimpin Pas perlu bersama dan jangan ragu-ragu menyertai kebangkitan rakyat, dan beliau harap partinya tidak makan dedak.
""Kita akan bercanggah dengan prinsip Islam iaitu tidak tegur kemungkaran yang dibuat. Mudarat kepada negara, pecah amanah dan salah laku ini kita biar kerana semata-mata ada sedikit sebanyak perkara yang saya tak tahu apa dia, yang saya yakin bukan kerana dedak," kata Husam yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.
Husam menegaskan, dia membuat teguran terbuka ini kerana mahu pemimpin dan ahli Pas turut bersama dalam arus perdana politik negara  dan tidak ragu-ragu untuk menyertai kebangkitan rakyat.

3 comments:

  1. Itulah antara masalah PAS yg menyebabkan rakyat dan penyokong PR dulu menjauhi mereka. Nak jadi ahli politik, jadilah ahli politik yg berwawasan dan mewakili nasional bkn bersifat bawah tempurung. Contohilah TGNA dan Ustaz Fadhil Noor. Pemimpin PAS yg hebat.

    ReplyDelete
  2. aku setuju dia tak makan dedak tapi aku rasa2 dia hidu taik .

    ReplyDelete
  3. BENGONGNO PAS..
    PECATLA..NGARUTLA PAS.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa