Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 1, 2016

Mahathir dan Najib, perbandingan Annuar Musa.......

Mahathir ‘menangis’, ikut fakta Najib lebih baik - Annuar
mk -  Hari ini, 12:39 tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih baik dalam memimpin negara berbanding pemimpin yang lain terutamanya dalam menangani masalah ekonomi kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

“Walaupun dilanda masalah dari segi perancangan ekonomi, zaman Najib yang paling baik jika nak dibandingkan dengan presiden-presiden sebelum ini.

“Ramai orang beranggapan ekonomi kita akan hancur, kita akan menjadi negara yang gagal di bawah kepimpinan Najib, namun semua hanyalah sentimen.

“Faktanya, ialah ekonomi kita meningkat dalam kadar 4.5 peratus hingga lima peratus walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak seberapa baik ketika ini,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Menurutnya, ekuiti Bumiputera kini meningkat pada tahap 24 peratus di bawah pentadbiran Najib dan berlaku pengurusan ekonomi yang berbeza di zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya lagi, keadaan berbeza pada zaman Mahathir menjadi perdana menteri pada tahun 1981.

Ketika itu, ekuiti bumiputera tidak meningkat.

“Ini berbeza dengan zaman pemerintahan Mahathir dulu… ketika itu ekuiti Bumiputera masih kekal pada 18.7 peratus. Tidak ada sebarang peningkatan dalam tempoh 22 tahun.

“Kalau kita mahu memperbesarkan isu 22 tahun memerintah tetapi tidak dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah satu isu besar,” katanya.

Malah Annuar berkata Mahathir kini ‘menangis’ di pentas dan berkata tidak berjaya membantu orang Melayu dan ‘pusing cerita’ meletakkan kesalahan ke atas Melayu.

“Kalau kita nak pusing cerita dia pula, nak salahkan kaum Melayu buat apa. Dia yang jadi presiden 22 tahun,” katanya.

2 comments:

  1. Tanya anak Musa ni apa sumbangan dia kepada pembangunan negara berbanding dengan Tun M. Inisiatifnya ynag menonjol adalah kebun orkid yang gagal dan terpaksa ditanggung orang lain. Inilah dia Pink Warrior Najib!

    ReplyDelete
  2. You better shut ur fuc**** mouth up...apa dah jd ngan kes pprt..bnyk oo..RM350m..duit org termiskin pun dirembat ada hati nak cakap bab performance...poodah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa