Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 9, 2016

Weila....wei......apa benda pulak ni?

Saturday, 9 April 2016
LEMBAGA PALING PELIK DALAM DUNIA
Jika tidak pernah bertemu, bagaimana lembaga itu membuat keputusannya?

Untuk apa pula ia ditubuhkan atau apakah selama ini Lembaga Penasihat 1MDB hanya "patung" semata-mata?

Dalam beberapa perkara penting berkaitan pelaburan dan komitmen kewangan misalnya, siapa yang sebenarnya membuat keputusan penting berkaitan 1MDB?

Bukankah Artikel 117 M & A 1MDB memerlukan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat pelaburan itu?

Apakah ini bererti hanya seorang individu saja yang membuat keputusan bagi pihak lembaga itu?

Atau agaknya mereka main SMS atau Whatsapp saja untuk mencapai persetujuan?

Pelik? Pelik?
Yang ini juga tidak kurang juga peliknya. Kementerian Kewangan rupa-rupanya hanya mengetahui tentang operasi dan hal ehwal korporat 1MDB semata-mata melalui akhbar saja.

Kesian...pelaburan bilion-bilion, hutang juga bilion, tapi Kementerian Kewangan tidak tahu apa-apa sedangkan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB adalah orang yang sama.

Adakah 1MDB ini hanya Menteri Kewangan seorang saja yang berhak tahu mengenainya, bukan pihak-pihak lain dalam kementerian tersebut, meskipun syarikat pelaburan itu adalah anak syarikatnya?

Dah jadi dua kali peliklah pulak!! (SH 09/04/2016). - sumber

1 comment:

  1. Nampak sgt nipu nye...1Mdb bukan mcm kodai runcit pokyob kat kampung teman..ini billion2 punya deal takkan sorang makhluk pun taktau..teman nak tuko RM1 ribu ngan Saudi riyal pun mcm2 borang kena isi..muka pembongak betui..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa