Friday, May 13, 2016

Akan buat kejutan atau dikejutkan?

Nik Abduh: PAS akan buat kejutan di Sg Besar, Kuala Kangsar
Anne Muhammad     Hari ini, 7:44 pagi
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata parti Islam itu akan membuat kejutan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Kita yakin kita boleh buat kejutan di PRK ini, Insya-Allah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS malam tadi.

Bagaimanapun Nik Abduh ketika ditanya apakah bentuk kejutan itu berkata “Cukup, tunggu mesyuarat akan datang di sini”.

Dalam mesyuarat yang berlangsung selama lebih satu jam itu, Nik Abduh berkata pihaknya hanya membincangkan mengenai jentera di dalam kedua-dua PRK itu.

“Malam ni mesyuarat pertama tak banyak keputusan tapi lebih kepada susun jentera di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Mesyuarat tak bincang calon cuma tak dibaca (dalam mesyuarat) kali ni, (mungkin) akan ada dalam mesyuarat lain,” katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi kosong ekoran penyandangnya,Datuk Noriah Kasnon dan di Kerusi Kuala Kangsar, Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata segala keputusan PAS mengenai PRK bergantung kepada sidang media dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

“Kita tidak bincang calon malam ini, semuanya kita tunggu SPR esok (hari ini)."

Takiyuddin berkata, dalam mesyuarat malam tadi juga pihaknya turut menubuhkan jawatankuasa bagi membuat post mortem kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah.

Dalam PRN 11, PAS kalah di semua 11 kerusi yang ditandinginya di Sarawak.

5 comments:

  1. sebelum ni pu ramai dah terkejut.golongan pro ramai yg tak di pilih kemudian haji hadi melantik diri sebagai penaihat umno.memutuskan menuinggal kan pakatan rakyat.
    kalau setakat sekali kagi nk terkejut.tak heran dah..
    masuk bertanding bukan nk menang.lg pun kalau masuk pun.tak akan sentuh baik buruknya barisan..
    lebih baik tolong terus..atau bergabung..

    ReplyDelete
  2. Post mortem korok mu?!...Kan mat Zuhdi dah buat analisis BN menang besar!!! Awat lah bodoh sangat lebai2 ni.

    ReplyDelete
  3. Kejutan... PAS hilang wang pertaruhan di Semenanjung Malaysia kot.

    ReplyDelete
  4. Kejutan... PAS hilang wang pertaruhan di Semenanjung Malaysia kot.

    ReplyDelete
  5. Parti pak lebai dah ketinggalan bas. Tk perlu umumkn nk buat kejutan krn memang kitaorang tkkn terkejut pun!!
    Kami akn terkejut beruk kiranya pak-pak lebai parti bulan ambik keputusan bertanding utk menang!! Hahaha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa