Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 12, 2016

Amiruddin letak jawatan: Kenapa?

Amiruddin letak jawatan Yang Dipertua Pas
ROSLINDA HASHIM - 12 MEI 2016
Amiruddin Hamzah

ALOR SETAR - Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kuala Kedah berkuat kuasa serta merta.

Berita yang mengejutkan banyak pihak itu mula tersebar petang semalam, namun Amiruddin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya itu.

Sumber terdekat Pas Kedah memaklumkan, Amiruddin telah memaklumkan perkara itu kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi kelmarin melalui surat rasmi.

“Saya sendiri terkejut dengan berita itu, kerana sebelum ini tiada ura-ura Amiruddin akan melepaskan jawatannya. Difahamkan perkara itu turut dimaklum secara rasmi kepada Pas kawasan Kuala Kedah,” katanya.

Menurut sumber, bagaimana pun, Amiruddin masih kekal sebagai ahli Pas dan tidak melepaskan jawatannya di peringkat cawangan.

“Pimpinan Pas Kedah telah berusaha memujuk beliau agar menarik semula keputusannya namun Amiruddin tetap dengan pendiriannya. Kemungkinan beliau tidak dapat lagi menghayati atau mengikuti pendekatan berpolitik Pas Pusat sekarang,” katanya.

Sumber tidak menolak kemungkinan pendekatan berpolitik antara sebab utama perletakan jawatannya, bukan disebabkan ada kaitan dengan kumpulan ‘harummanis’ yang dikaitkan dengan ahli Pas cenderung Amanah.

“Saya difahamkan, Amiruddin juga bakal melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah dalam masa terdekat. Namun beliau perlu memaklumkan penarikan diri beliau kepada pejabat Dun atau Speaker Dun Kedah secara rasmi,” katanya.

Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dun Kedah sebelum ini menolak jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah yang ditawarkan kepadanya oleh Pas Pusat bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang tidak dilantik semula bagi sesi 2015-2017, sebelum melantik Ahmad Fakhruddin.

Difahamkan, penolakan itu ada kaitan dengan kekalahan golongan yang bekerja keras menyatukan PR, terutama golongan profesional selain kecewa terhadap senario dalam Pas ketika itu.

Amiruddin yang juga bekas AJK Pas Pusat sejak beberapa penggal lalu turut tewas dalam pemilihan lalu apabila perwakilan hanya memilih calon dalam senarai ‘cai’ kumpulan konservatif.

Rombakan kepimpinan Pas Kedah turut menyaksikan Amiruddin tidak terpilih dalam barisan kabinet baharu, apabila digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, digantikan bekas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Pendang.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa