Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 3, 2016

Balak haram: Apa Kerajaan Kelantan buat?

Husam persoal Pas gagal tangani balak haram
2 MEI 2016
Datuk Husam Musa

KOTA BHARU - Adun Salor, Datuk Husam Musa hari ini mempersoal kegagalan kerajaan Kelantan pimpinan Pas dalam menangani isu pembalakan haram di negeri ini.

Husam yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata, Jabatan Perhutanan Kelantan sepatutnya bertindak segera kerana mempunyai anggota dan pegawai yang ditugaskan mengawal selia hutan daripada dicerobohi.

"Ada anggota dan pegawai hutan duduk dalam kawasan hutan, takkanlah orang dah curi sampai 20,000 ekar (8,093 hektar), baru tahu ada kecurian," katanya sambil mempertikai alasan 'laluan sulit' sebagai penyebab kejadian itu.

"...kalau dibersihkan seluas 20,000 ekar atau 5,000 ekar (2,023 hektar) pun orang boleh tahu," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Zahari Ibrahim dilaporkan berkata, lebih 400 hektar Hutan Simpan Kekal Ulu Galas dan Batu Papan, Gua Musang diterokai oleh sindiket yang menggunakan nama Sultan Kelantan dan kerabat baginda.

Mereka dipercayai memperdaya penduduk supaya membeli lot-lot tanah yang diteroka dan menyertai penerokaan tanah bagi tujuan penanaman getah, kelapa sawit dan pisang.

Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas mendakwa aktiviti pembalakan yang berlaku di Kelantan bukanlah aktiviti biasa kerana pokok yang belum matang dan tidak mencapai ukuran tertentu turut ditebang.

"Yang berlaku di Kelantan sekarang bukan pembalakan biasa. Pembalakan biasa ialah pokok yang ada ukuran tertentu (sahaja yang) ditebang, (dan) hutan tidak dimusnahkan.

"Tapi yang berlaku di Kelantan adalah tebang habis untuk tujuan komersil, dan tebang habis di Kelantan adalah antara yang terbesar di Semenanjung Malaysia pada masa ini," dakwanya. - Bernama

2 comments:

  1. mana ler tau, balak2 tu dah dibacakan ayat2 30 juzuk. sbb tu semua boleh.

    geng2 penjual agama...

    ReplyDelete
  2. Pemimpin2 buat ape? Biar betol...sedang buat duit la bha...hihihihihi...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa