Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 9, 2016

Di Sarawak memilih, di Semenanjung meroyan?

Mari kita lihat penjelasan rakyat sarawak ini jap....

DI SARAWAK MEMILIH, DI SEMENANJUNG MEROYAN?

Tolong FAHAM! Ini pilihanraya negeri SARAWAK, memilih KERAJAAN NEGERI SARAWAK dan mandat dari RAKYAT NEGERI SARAWAK.

Jangan hina orang Sarawak kerana melalui undi mereka itu BN Sarawak mendapat mandat sekali lagi. Tolong fahami keadaan politik dan sosial di Sarawak dan setiap negeri adalah berlainan. Mereka juga tidak pernah persoal kerajaan yang dipilih di negeri-negeri lain sebab mereka mengormati hak anda sebagai pemilih kerajaan. Mereka tidak pernah masuk campur dan mempersoal tindakan anda di Semenanjung kerana mahu memberi peluang kepada anda untuk membuat percaturan di negeri masing-masing.

Apa salahnya, berikan ruang yang sama untuk orang Sarawak menentukan apa yang mereka mahu dan apa yang akan berlaku di negeri mereka. Dan mereka yang terkesan dari apa yang mereka pilih.

Oleh sebab itu, hormati juga hak mereka untuk memilih kerajaan negeri mereka dan siapa yang mereka mahu jadikan sebagai pemimpin. Ini PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK, memilih kerajaan yang mempunyai kuasa dan jurisiction terhad di negeri Sarawak. Jadi, terserahlah mereka mahu undi siapa, walaupun pihak yang anda benci.

Sekalipun Pakatan Harapan di Sarawak menang kali ini, takkan nak bahagi Sarawak jadi dua? Satu untuk DAP dan satu untuk PKR????? Gilakah apa.

Sebab itu jangan salahkan pengundi Sarawak jika banyak berpaling dari Pakatan Harapan. Ada rasionalnya untuk pilihanraya kali ini.

Usah bicara SOAL PERJUANGAN kalau dah kawan sendiri jadi lawan. Bagaimana nak perjuangkan HAK RAKYAT kalau dah kalian sendiri membentuk pakatan yang tak sepakat. Kasihan mereka yang berkempen bagi pihak pakatan, turun padang dan bersemuka dengan orang ramai. Mereka buat sedaya mungkin, tetapi bila pimpinan tertinggi tidak sehaluan, ranap habis semuanya.

Ingat, kali ini SARAWAK MEMILIH, kalian yang lain saya mohon BERHENTI MEROYAN. Bukan apa,semakin anda meroyan semakin anda memalukan diri sendiri. Dalam meroyan nanti, anda menghina kami di Sarawak. Tak pasal-pasal kita pula yang  bergaduh, walhal kami bangsa Sarawak ini sangat benci kepada pergaduhan. Perlu diingat juga, orang-orang Sarawak tidak pernah meletakkan kebencian melebihi rasa kasih kami kepada kepada sahabat kami di semenanjung. Kami terima mereka bersama sama mencari rezeki di sini, kami relakan sedikit aripada hasil bumi kami untuk membangunkan tanah tanah kalian dan kami juga tumpang bangga dan gembira dengan apa yang kamu nikmati di sana. Sebab kami beranggapan kita masih saudara senegara.

Pilihanraya kali ini tiada kena mengena dengan kalian di sana... Kerajaan negeri Sarawak untuk Orang Sarawak. Yang memilih di Putrajaya, itu namanya Pilihanraya Umum (PRU).

ANDA PERLU INGAT...

Sarawak BUKAN sekadar NEGERI dalam Malaysia.
Sarawak ialah NEGARA YANG BERGABUNG dengan Malaya dan North Borneo membentuk MALAYSIA

Tiada SARAWAK, Tiada MALAYSIA!

P/S: Kaban2 sent jak post yang memaki hamun kita di Sarawak. Jangan maki balik, sebab kita orang SARAWAK bangsa bertamadun.

Mengikut Ibnu Khaldun, bangsa yang tiada peradaban bangsa yang tidak bertamadun.

Biar kita pakai cawat, tapi minda kita kita bersih dan suci. Daripada "pakai baju tapi telanjang" (ada akal tapi bingai).

#PRNSarawak
#KerajaanSarawakUntukOrangSarawak
#HormatiHakKami #HakOrangSarawak  - Ramat Syah

3 comments:

  1. Rakyat Sarawak nak pilih kerajaan swak mmg hak dia. Tak ada siapa pertikai. Biarlah Taib Mahmud songlap segala kekayaan swak, ITU pun hak RAKYAT swak. Tapi memberi kemenangan moral yg AMAT BESAR kpd Najib itu bukan lg hak rakyat swak shj, itu jg melibatkan kami di s'mjung. Faham. Ramai menderita di s'mjung gara2 tindakan najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang masih ada di Semenanjung. So, perbetulkanlah diri masing2. Kalau PH masih buat perangai mcm kat PRN Serawak, baik berikan je lah kemenangan percuma kpd BN.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa