Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 3, 2016

Hanya mampu bertempik terlolong tapi rasanya tiada siapa yang peduli!

BERSIH dakwa PM, TPM langgar peraturan p'raya
mk -    Hari ini, 1:24 tengahari
BERSIH mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar peraturan pilihan raya.
Gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu juga mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membiarkan parti-parti politik mengamalkan pembelian undi dan amalan rasuah.
BERSIH menuntut amalan pemberian bantuan berupa wang dan janji-janji kepada rakyat Sarawak demi mendapatkan undi dalam pilihan raya 7 Mei ini diberhentikan.
Badan itu juga mendakwa terdapat laporan penggunaan dana awam secara terang-terangan bagi menyokong calon parti pemerintah.
“Perkara ini menjejaskan keadilan pilihan raya,” tambahnya.
BERSIH menyenaraikan dakwaan salah guna kuasa melibatkan Zahid, peruntukan RM250,000 kepada pasukan polis sehari sebelum pengundian awal (hari ini).
Ini termasuk bantuan masing-masing RM100,000 untuk tempat ibadat Islam dan Kristian dan RM50,000 untuk persatuan anggota keluarga polis Perkep.
BERSIH juga memetiknya sebagai bertanya Pasukan Gerakan AM (PGA) di Kuching, mereka akan 'pangkah siapa'.
Janji-janji lain Zahid, menurut badan itu, termasuk:
  • Bantuan RM500,000 untuk sekolah di Miri jika calon BN Lee Kim Shin menang di kawasan Senadin.
  • Mengumumkan peruntukan RM70 juta untuk membina jambatan di Kampung Long Lama dalam kawasan pilihan raya Telang Usan.
BERSIH pula mendakwa Najib melanggar peraturan dengan menjanjikan peruntukan sehingga RM54.3 juta untuk sambungan dan menaik taraf sistem perpaipan.
BERSIH juga membangkitkan pengumuman bantuan RM1 juta daripada kerajaan pusat untuk Gereja St Jude. Kerajaan Sarawak mengumumkan jumlah sama.

2 comments:

  1. Itulah kebodohan rakyat malaysia usah kira dimana baik di semenanjung atau di Sabah Serawak bila BN berjanji itu ini semua akan sokong tapi bila lepas menang semua akan dinaikan atau dicukaikan contoh mudah GST semasa berkempen tidak pernah disebut cukai ini tapi bila sudah berkuasa baru berhujjah yang cukai ini telah pun diura-urakan pada tahun-tahun sebelumnya untuk dikenakan pada rakyat tapi hingga kini duit cukai tersebut tidak pula diberitahu kemana diagihkan pada hal berbilion-bilion dipungut apa yang kita nampak kerajaan lebih banyak membazir dari digunakan untuk rakyat itulah penipunya BN sekarang ini tidak seperti awal dulu,dan itulah juga sebabnya pemimpin serawak takut dan sekat semua fakta yang akan disampaikan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Hoiii...kau ni mcm hina pan plak? Terasa kami tau...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa