Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 10, 2016

Itu Mahfuz yang kata, tapi mahukah PAS?

Kenyataan Media

PAS DAN AMANAH PERLU DUDUK BERBINCANG UNTUK PASTIKAN SATU LAWAN SATU DI KUALA KANGSAR DAN SG.BESAR.

1.PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sg Besar hampir pasti berlaku apabila kedua dua penyandang jawatan ahli parlimen berkenaan meninggal dunia dalam kes nahas helikopter di Serawak.Hanya menunggu pengumuman rasmi kekosongan kerusi berkenaan oleh Speaker Dewan Rakyat kepada SPR.

2.Apa yang menarik kedua dua kerusi berkenaan dimenangi oleh BN dengan majoriti yang kecil.Sg Besar dengan majoriti 399 undi dan Kuala Kangsar 1,082 undi.Ini menunjukan pembangkang mempunyai peluang yang baik dalam suasana krisis politik yang sedang berlaku dalam negara sekarang.Kemenangan besar BN di Serawak adalah satu faktor asing berbanding dengan faktor persekitaran politik di semenanjung.

3.Yang mesti dielakan ialah pertembungan sesama pembangkang di Serawak tidak lagi berulang di dua PRK  Sg Besar dan Kuala Kangsar nanti.Biarlah apa yang terjadi pertembungan di Serawak adalah yang terakhir dalam politik Pembangkang.Moga apa yang berlaku di Serawak akan menjadi pengajaran kepada parti politik pembangkang dalam menguruskan perbalahan yang gagal capai kata sepakat kerana keengganan untuk berbincang secara matang.Moga hikmah dari apa yang berlaku di Serawak akan kembalikan parti pembangkang kepada penyatuan dalam satu pakatan pembangkang Demi Rakyat dan Negara Malaysia.

4.Cubaan dan cabaran pertama selepas Serawak ialah PRK K.kangsar dan Sg Besar untuk parti pembangkang memperbaiki hubungan antara parti dan merealisasi hasrat rakyat untuk memberi isyarat jelas kepada PM Najib perlu berundur bersama dengan anggota kabinet pemakan dedak dan yang kenyang dengan dedak.Jika ini boleh dilakukan dengan lapang dada dan berjiwa besar saya percaya harapan rakyat akan tercapai.

5.Saya mengharapkan parti Amanah dan Pas perlu duduk dimeja perbincangan untuk mencari kata sepakat untuk mengelak dari pertembungan sesama sendiri.Tidaklah menjatuhkan maruah pimpinan Amanah atau Pas jika mereka boleh pertimbang cadangan saya untuk setiap parti Amanah dan Pas hanya bertanding 1 kerusi sahaja dari 2 kekosongan yang ada.Dalam erti kata yang mudah Amanah bertanding 1 kerusi dan Pas satu kerusi.Terpulang kepada perbincangan kedua pehak untuk menentukan kerusi pilihan dari 2 kerusi yang kosong.Jika ini boleh dilakukan akan mengangkat kedua dua parti ini sebagai parti YANG BERJIWA MALAYSIA dan mengutamakan rakyat.

#UndurNajib
#ReformNegara
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ.OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
8.30am Taman Al-Walid Alor Setar
10 Mei 2016/3 Sya'ban 1437H

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa