Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 14, 2016

Kerana gusar, Husam dipecat?

Siri 2.

Menyedari banyak kepincangan PAS KELANTAN KHASNYA DAN AMNYA PAS PUSAT yg berlaku diketahui oleh Dato' Husam,PAS Kelantan amat gusar menghadapi hal sebegini.Pemain politik PAS yg bimbang kedudukkan mereka dikerusi kuasa tergugat mula melontarkan Nista,fitnah  mehnah kepada beliau.

Ruang bersaudara dan kemesraan berkeluarga yg selama ini diamalkan oleh Arwah TGNA telah ditutup rapat malah diWELDING pintunya bagi tidak membolehkan insan yg bernama Dato' Husam Musa berbicara dan melontarkan pendapatnya.Pembunuhan krakter beliau dirancang begitu teliti semenjak dihari pertama MB dan barisan Exconya mengambil alih tampuk kuasa.

Dikala HUSAM Allah uji dengan musibah keuzuran, rakan dan taulan yg berkuasa diKelantan membiarkan beliau menanggung derita berseorangan. Dari yg melilit serban 14 kali atas bawah hinggalah yg 2 hitam didahinya telah menjauhkan diri kerana beralasan TAKUT DILIHAT PARTI PAS sebagai penyokong HUSAM. Inikah akhlak penghuni parti yg mendakwa sebagai jamaah milik TUHAN?........Sudahlah tidak melawat beliau difitnahkan lagi yg HUSAM tidak benarkan MB Melawatnya.

BODOH SANGAT KE MB SEHINGGA TIDAK MAMPU MENCARI HAL DAN KEDUDUKKAN SEBENAR?

Secara solo,Husam meneruskan gerak kerjanya sebagai seorang politician yg bertanggungjawab. Semua hal yg melibatkan rakyat menjadi perhatiannya terutamanya dalam memastikan harta dan HUTAN NEGERI KELANTAN DIJAGA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB.

Ucapan dan kehadiran beliau di Sidang DUN Kelantan sentiasa dinantikan. Setiap patah ucapannya diteliti oleh rakyat dan pemerhati politik dengan penuh tekun. Setiap pertanyaan dan nasihat beliau secara rasmi yg dicatatkan di HANSARD Dewan Undangan Negeri Kelantan penuh dengan kata-kata yg membawa inspirasi rakyat marhein. Kesemua pertanyaan dan persoalan yg dilontarkan sarat dengan fakta dan data. Apa kesudahannya? Beiau dituduh........

1. Ucapan Husam melemahkan parti
2, Ucapan Husam telah memberikan impact negatif kepada parti
3. Ucapan Husam sepatutnya dibincang dengan parti dulu
4. Husam jahat,Husam pengkhianat.

Itulah antara kata-kata dan kenyataan yg dilemparkan kepada Husam atas tindakannya menyuarakan apa yg dirasai oleh rakyat Kelantan. Persoalannya, BERAPA ORG DARI PAS KELANTAN YG DATANG ATAU PANGGIL HUSAM UNTUK PERBINCANGAN SECARA ANAK BERANAK SEPERTI ALMARHUM TOK GURU BUAT?

Husam dihina....Husam dinista...Husam dipinggirkan. Tidak cukup itu semua aduan dan bodek Presiden PAS berlaku dengan berbagai cara demi untuk menanam diminda pemimpin yg lain....HUSAM ITU JAHAT.

Husam dipanggil mengadap PAS Pusat. Beliau pergi dengan penuh tanggungjawab sebagai anggota parti. Husam tidak pergi dengan tangan kosong. Bukti,fakta dan data dibawa bersama malah dirasmikan lagi pengaduannya dengan surat rasmi. MANA DIA PENJELASAN DAN JAWAPAN ATAS APA YG HUSAM UTARAKAN?

Apakah dengan membuang Husam sebagai ahli PAS akan menyelamatkan PAS dari menjawab persoalan yg HUSAM TELAH KEMUKAKAN?

Bersambung

NYAMUK MENGGIGIT.

1 comment:

  1. Tak lama dah tu!!!
    Bila kita teliti, memang pak2 lebai ni hebat!! Hebat berceramah dan berusrah...kepimpinan negeri? Hancus!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa