Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 1, 2016

Kerjasama Umno-PAS disokong Pengerusi Majlis Fatwa

[4/29, 16:38] ‪+60 13-637 3263‬: Kerjasama Umno-PAS majukan Melayu dan Islam, kata Pengerusi Majlis Fatwa

Kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi penggerak utama untuk merealisasikan kerjasama kedua-dua parti dalam memajukan masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, keyakinannya itu berasaskan ketokohan orang nombor satu Umno dan PAS dalam memimpin masyarakat Islam dan Bumiputera ke arah penyatuan tanpa memerlukan penggabungan dua parti menjadi satu entiti.

Beliau berkata, kesedaran mengenai kepentingan perpaduan ummah antara kedua-dua parti itu, terutama dalam kalangan kepimpinannya wujud sejak enam tahun kebelakangan ini selepas melihat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi masyarakat Melayu Islam dan Bumiputera di negara ini.

"Pandangan Dr Zakir Naik (pendakwah Islam) ada asasnya, tetapi saya melihatnya sebagai sesuatu yang terlalu drastik kerana Umno dan PAS bukan persatuan, sebaliknya parti politik serta memerlukan asas kuat untuk bergabung.

"Demi kepentingan agama, masyarakat Islam perlu bersatu tetapi tidak bermakna Umno dan PAS bersatu membentuk satu entiti, sebaliknya bersatu fikrah, matlamat dan hak kebersamaan, ...politik hanya alat untuk mencapai matlamat," katanya dipetik BH.

Abdul Shukor yang juga Felo Utama Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan USIM diminta mengulas cadangan Dr Zakir, pendakwah Islam antarabangsa supaya UMNO dan PAS bergabung dan membentuk kerajaan campuran yang akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dan mengukuhkan Islam.

Beliau berkata, walaupun cadangan Dr Zakir itu berasaskan pengalaman luas dalam dunia Islam, faktor masyarakat majmuk di negara ini juga perlu diambil kira dalam usaha mengekalkan kestabilan dan keamanan negara.

Antara kebersamaan, keperluan dan hak untuk UMNO dan PAS duduk semeja adalah memperjuangkan hak Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa, katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, berkata kerjasama dalam pelbagai isu umat dan negara perlu dilakukan oleh PAS dan Umno demi kepentingan rakyat kerana kedua-dua parti adalah parti terbesar mewakili Melayu dan Islam.

Katanya, penggabungan kedua-dua parti tidak diperlukan supaya setiap parti boleh bersaing secara sihat di arena politik dengan mencanangkan agenda dan dasar politik masing-masing.

"Kewujudan PAS dan UMNO membolehkan semak dan imbang dalam politik negara. Justeru, idea gabungan kedua-dua parti seperti pada tahun 1974 dengan lahirnya Barisan Nasional ditolak PAS," katanya.

2 comments:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa