Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 26, 2016

Korang rasa cabaran ni logik dan masuk akalkah?

Pemuda Pas cabar Dap, Mahathir bertanding PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar
25 Mei 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Khairil Nizam Khiruddin

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mencabar DAP dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar jika mereka bersungguh-sungguh mahu menjaga kepentingan rakyat.

Naib ketua DPPM Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, DAP dan Mahathir tidak perlu berdolak dalih dan bermain wayang dengan menghantar calon-calon lain di dua kerusi itu untuk memecahkan undi Pas.

Beliau berkata, tindakan Mahathir dan pembangkang yang bertubi-tubi mengasak Pas yang diyakini mampu menewaskan BN dikedua-dua kerusi tersebut jika pertandingan satu lawan satu berlaku membuatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN yang sudah nyawa-nyawa ikan kembali selesa bernafas.

“Najib tidak perlu berkerja keras untuk menang seandainya blok pembangkang terus menerus menyerang Pas, apalagi dengan mengisytiharkan untuk turut bertanding kerana itu sekaligus akan memecahkan undi kepada Pas dan membuka peluang untuk BN menang lagi sebagaimana di Sarawak,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline juga menegaskan, DPPM tetap mahu Pas bertanding di kedua-dua kerusi walau apa pun sikap pemimpin Pakatan Harapan dan BN terhadap parti itu.

“Tiada apa yang ingin dibuktikan oleh Pas melalui pilihan raya ini melainkan demi kepentingan rakyat dan menewaskan BN bagi mengukuhkan blok pembangkang di Parlimen. 

“Justeru, apa sahaja sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, Mahathir dan BN, Pas kekal dengan misi bekerja untuk rakyat,” tegasnya.

Khairil juga mendakwa, asakan bertubi-tubi daripada DAP, Mahathir dan BN terhadap Pas adalah kerana mereka gusar dengan keputusan Pas untuk bertanding di kedua-dua kerusi.

Beliau berkata, penasihat DAP Lim Kit Siang masih berdendam terhadap Pas dan berusaha memecahkan undi Pas dan sekalipun Pakatan Harapan tidak menang di keua-dua kerusi.

“Tidak hairanlah jika Lim Kit Siang cuba sedaya upaya melobi PKR dan PAN (Amanah) untuk bertanding dikerusi berkenaan sebagai proksi DAP walaupun umum mengetahui bahawa kerusi berkenaan sebelum ini ditandingi PAS sama ada ketika bersama Pakatan atau pun tidak.

“Bagi DAP, kalau wakil mereka itu kalah pun tak apa, yang penting dapat memecahkan undi Pas dan Pas juga kalah. Biar BN menang, DAP cuci tangan sekaligus menunjukan kepada rakyat bahawa Pas parti lemah. Walhal mereka sedar yang secara hakikinya Pas boleh menang jika pertandingan satu lawan satu antara Pas dan BN,” katanya.

4 comments:

  1. jawapan bangang dari pas....malang si lebai malaang di kenakan naajib....kah kah kaah

    ReplyDelete
  2. Dari sini sapa yg bg mafas dan tongkat pd umno bkn ka dap dan pan.

    ReplyDelete
  3. ba wau dal ha...
    tak payah la buat cabaran nerapu mcm tu...baru amanah nk bertanding hangpa panas macam duk dalam api je..

    ReplyDelete
  4. Tak payah Mahathir atau DAP, AMANAH kan ada.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa