Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 3, 2016

Macam ni punya standard pun mau tunjuk perasaan dan komplen banyak ka?

Teksi Malaysia dinobatkan sebagai paling teruk di dunia oleh LondonCabs
Kohilah SekaranAstro Awani |  Mei 03, 2016 18:41 MYT
Teksi Malaysia dinobatkan sebagai paling teruk di dunia oleh LondonCabs
Inilah perkhidmatan teksi yang paling buruk di dunia menurut laman perbandingan British, LondonCabs.co.uk.
Tahukah anda, perkhidmatan teksi milik Malaysia telah diiktiraf sebagai pilihan tempat pertama dalam senarai 10 negara yang mempunyai pemandu teksi paling teruk di dunia?

Senarai ini dikeluarkan oleh laman perbandingan British, LondonCabs.co.uk, sebuah laman yang agak popular di kalangan pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan teksi di seluruh dunia.

Pelancong yang membuat perjalanan ke sesebuah negara akan melayari laman web ini untuk menilai perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik untuk dipilih.

Beberapa faktor diambil kira apabila menyusun senarai ini dan memutuskan jika perkhidmatan teksi tersebut tidak memuaskan.

Antaranya ialah batasan bahasa, kredibiliti, sikap pemandu teksi dan isu-isu berkaitan tambang teksi.

Teksi Malaysia bukanlah satu-satunya negara di Asia yang disenaraikan dalam carta tersebut, turut terpilih adalah Thailand, China dan India.

Berikut adalah senarai penuh

1. Kuala Lumpur, Malaysia

2. Rome, Italy

3. Bangkok, Thailand

4. Paris, France

5. New York, America

6. Mumbai, India

7. Zürich, Switzerland

8. Cairo, Egypt

9. Shanghai, China

10. Moscow, Russia

Tambang yang tinggi

Menurut laporan British LondonCabs.co.uk, pemandu teksi Malaysia enggan mematuhi caj tambang mengikut meter walaupun ia merupakan salah satu daripada peraturan yang wajib dipatuhi oleh penyedia perkhidmatan tersebut. 

Tambah pengguna, meter bukan sekadar hiasan tetapi ia memiliki tujuan yang sering diabaikan oleh pemandu teksi semata-mata mahu mendapatkan pendapatan yang lebih banyak.

Teksi yang tidak selesa

Selain itu, mereka juga menyifatkan perjalanan menggunakan teksi di Kuala Lumpur agak tidak selesa kerana kebanyakan pemandu menggunakan kereta yang lama dan buruk.

2 comments:

  1. antara sebab nya...kebanyakan teksi di sewa dari syarikat teksi yg besar2..
    tak tau macamna sewa di bayar.macam kalau rosak.dan pelbagai lagi..
    yg kaya hanyalah empunya syarikat..yg tertekan adalah penyewa..

    ReplyDelete
  2. Same lah dgen kerajaan..Malaysia punya Perdana Menteri paling haprak didunia..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa