Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 13, 2016

Mahukan publisiti atau simpati?

Thursday, May 12, 2016
Ali Tinju Dakwa Diugut Bunuh..
Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah), Mohd Ali Baharom membuat laporan di Balai Polis Daerah Dang Wangi petang tadi, kerana mendakwa menerima panggilan berbaur ugutan daripada seorang lelaki dipercayai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunus.

Mohd Ali yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) berkata, panggilan yang didakwa dari Jamal itu diterimanya ketika beliau berada di Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

"Kira-kira jam 5.10 petang semalam, ketika saya berada di Pertama Kompleks, Jalan TAR, saya telah menerima panggilan telefon dari Jamal Yunus.

"Beliau (Jamal) telah mengugut dan memaki hamun saya dengan kata-kata, 'aku pukul kau sampai mati', 'aku tembak kau dan aku cari kau sampai dapat' dan 'aku datang rumah'.

"Ugutan itu telah mengancam kehidupan dan ketenteraman saya untuk bergerak membela nasib Melayu dan bekas tentera serta balu tentera," katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Mohd Ali yang lebih dikenali dengan panggilan Ali Tinju memberitahu, beliau membuat laporan polis itu kerana bimbang apa-apa hal berlaku ke atasnya pada kemudian hari dan meminta polis mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau juga turut meminta polis menarik semula lesen senjata api yang diberikan kepada Jamal kerana dibimbangi disalahgunakan. - MalaysiaGazette via ASD

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa