Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 16, 2016

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar: Ini sebabbya Menteri UMNO bersungguh membela PAS

Pembangkang Boleh Menang K Kangsar, Sg Besar Asalkan Bukan Calon Pas
14 Mei 2016 | ZIKRI ABDULLAH
Ustaz Ahmad Awang dan Lim Kit Siang diraikan di majlis makan malam Amanah Pasir Puteh

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin pembangkang akan menawan kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan 18 Jun ini dengan syarat yang bertanding bukan calon Pas. 

"Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerjaan pimpinan Najib tetapi kalau Pas jadi calon sudah pasti akan kalah," katanya berucap di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh malam kelmarin, 
Ketua Amanah Pasir Puteh Abdul Halim Mohamad sampaikan cenderahati kepada Mohamad SabuKetua Amanah Pasir Puteh Abdul Halim Mohamad sampaikan cenderahati kepada Mohamad SabuBeliau percaya Pas sendiri tahu dalam keadaan sekarang kalaupun mereka turun bertanding mereka akan kalah.
Dalam pilihanraya lalu katanya Pas hampir menang di kedua-dua kerusi kerana sokongan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan anti establishment.
"Sekarang parti-parti Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama Pas, malah sebahagian orang Pas sendiri kini bersama Amanah," katanya.
Umno sendiri katanya amat faham situasi ini dan mendesak supaya Pas bertanding, sesuatu yang sukar diterima akal dalam politik.
Sedangkan kata beliau Pakatan Harapan terus kukuh untuk sama-sama membantu dalam PRK ini.Lebih serbu hadir makan malam Amanah Pasir PutehLebih serbu hadir makan malam Amanah Pasir Puteh
"Kalau Amanah bertanding di PRK ini semua parti dalam PH akan sama-sama kerja keras untuk pastikan kemenangan," katanya.
Tambahan lagi sekarang pihak Umno-BN sedang berpecah dua kepada gerakan Selamatkan Malaysia dan kumpulan pro-Datuk Seri Mohd Najib Razak," katanya.
Menurut beliau jika semua ini diambil kira peluang untuk jatuhkan BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar amat cerah.
Sementara itu Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata Amanah akan membuat keputusan mengenai dua PRK 18 Jun ini berdasarkan perundingan majlis presiden PH.
"Kalau tanya saya Sungai Besar Amanah wajar, Kuala Kangsar Amanah sesuai untuk bertanding," katanya disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 1 000 tetamu di sebuah resort di Tok Bali.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa