Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 9, 2016

PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar: Pastinya peluang BN carah!

TEMERLOH: PAS akan bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) berikutan kematian dua ahli parlimen daripada BN dalam nahas helikopter di Sebuyau, Khamis lalu.
                         
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata dua kawasan parlimen tersebut ialah Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak.

Berucap dalam majlis perasmian Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Pahang di Kompleks Al-Makmur, Kerdau di sini, beliau berkata kekalahan calon PAS di Sungai Besar hanya 399 undi sahaja.
                             
"Manakala di Kuala Kangsar PAS hanya tewas 1,000 undi. Ini bermakna keputusan PRK nanti tidak seperti PRN Sarawak," katanya berseloroh.

Program yang menghimpunkan 4,000 jentera pilihan raya PAS seluruh Pahang itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar.

Ahli Parlimen Sungai Besar yang Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Selain juruterbang, turut menaiki helikopter itu ialah suami dan pengawal peribadi Noriah, Asmuni Abdullah dan Ahmad Sobri Harun serta Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai. - HARAKAHDAILY

1 comment:

  1. Jangan duk berangan la nak rampas kerusi di KKangsar... ramei dah blah dari Pas....Pas hanya berfungsi untuk memenangkan Umno sahaja...
    Calon pun tarak...lagi nak sembang deras...podahhhhhh.... kalau ada pun...sapa??? Kami tak kenal...citttt...cakap mulut serupa busuk taik ayam sahaja...podahhh lahhh...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa