Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 14, 2016

Pulaaak!

Pas Selangor tidak sertai program bersama Tun Dr Mahathir malam ini
14 Mei 2016 | MALAYSIA DATELINE
Presiden Pas diiringi pesuruhjaya Pas Selangor

Badan Perhubungan Pas negeri Selangor di dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 10 Mei telah bersetuju sebulat suara bahawa Pas Selangor tidak akan bersama di dalam program yang melibatkan Tun Dr Mahathir di Stadium Malawati malam ini.

"Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga memutuskan agar Pesuruhjaya PAS Selangor tidak dibenarkan hadir dan ahli tidak dikerah ke program tersebut," kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Mohd Prasad bin Hanif

Menurutnya, Pas Selangor mengingatkan rakyat bahawa kebejatan dan kemudharatan yang berlaku pada hari ini terjadi kerana pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri, hasil warisan daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Selain itu katanya, PAS Selangor mengingatkan juga bahawa agenda Tun Dr Mahathir adalah menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pemulihan keseluruhan sistem dan keadaan negara.

"Tun Dr Mahathir, melalui kenyataan-kenyataannya, telah menegaskan bahawa beliau mahu Umno kekal berkuasa," katanya

Pas Selangor katanya,percaya bahawa rakyat Malaysia prihatin da faham akan keadaan negara. PAS Selangor juga yakin bahawa Malaysia dapat diselamatkan tanpa Tun Dr Mahathir.

1 comment:

  1. Perkara yang kecil macam nipun PAS tak boleh tunaikan. Terbukti tiada jaminan PAS akan mematuhi janjinya seandainya dibuat rundingan pertandingan 2 penjuru dalam PRU14.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa