Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 1, 2016

Syiah: Sejarah kaitan PAS - Fakta bukan kafir semua tu aku setuju

1982 Dewan Pemuda PAS yang mempelopori kepimpinan ulamak telah melawat Iran secara rasmi. Rombongan disertai oleh Haji Subki Latif (S/U DPP Pusat), Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Suhaimi Hj Ahmad (rujuk penyata tahunan Dewan Pemuda PAS 1981-1982).

Jun 1982 sekali lagi Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan lawatan ke Iran diketuai oleh Mustafa Ali dan Mohd.Rusdi Arif (rujuk penyata tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat 1981-1982). 1985 dalam satu taklimat tertutop Haji Hadi bagi tahu boleh beriktikad dan beramal dengan Syiah Ja'fari dan Zaidiah. 

Selepas Imam Khomeini meninggal dunia antara lain Haji Hadi berkata "Imam Khomeini adalah seorang pemimpin Islam Gerakan Tajdid di awal abad ke-15 hijrah" (Jun 1989) 

Haji Hadi Awang Presiden PAS menulis dalam Harakah Bil.1854 bertarikh 21-23 Jun 2013 antara lain Haji Hadi menulis "Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berguru dan bersatu dengan Imam Jaafar As-Sodiq pelopor Syiah Imamiyyah (yang beribukan salah seorang daripada zuriat Abu Bakar Al-Siddiq r.a.) 

Semua para ulamak yang berwibawa itu menentang kezaliman di zaman Umaiyah dan Abbasiyah dan mendukung sesiapa yang adil, seterusnya dakwah dan jihad diteruskan" "Akibat asyik dengan pertikaian Sunni-Syiah,umat Islam terlupa musuh utamanya ialah Israil serta kuasa2 besar dunia. 

Secara sedar tapi bodoh dan jahil, isu perbalahan mazhab telah melekakan umat Islam tentang kebangkitan Islam di seluruh dunia, tegas Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kontroversi Sunni-Syiah perkara lama yang sengaja ditimbulkan. Pengaruh Syiah dalam masyarakat Melayu bukan perkara baru tetapi sejak kedatangan Islam ratusan tahun lalu, ia patut dibincang oleh ahli2 ilmu" (Harakah 23-25 Ogos 2013 Bil.1870). 

Bekas Naib Presiden PAS Ustaz Nakhaie Hj Ahmad mengesahkan majlis syuro ulamak berasal dari Iran dan dia yang merangka pindaan perlembagaan parti. (Sinar Harian 7.10.2013) 

Majlis Dialog Pemuda PAS dengan Haji Hadi (Presiden PAS Pusat) di Baling Pada 5.4.2014 antara lain Haji Hadi kata; "dalam Syiah ada lebih kurang 30 hingga 40 mazhab, ada syiah khilaf dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam masalah feqah, tetapi ada yang sama akidah, oleh itu BUKAN KAFIR SEMUANYA." (Watan Selasa 26-29 November 1985 m/s:14 Wawancara wartawan Watan dengan Haji Hadi) - Haji Hadi adalah perintis syiah dalam PAS sejak 1982. - Putri Salsabela

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa