Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 15, 2016

Dah jadi macam ni.........di manalaa ibubapa nak letak muka?

Peragut Maut Selepas Ragut Telefon Bimbit Budak Lelaki
Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 11:11 PM
Gambar hiasan

JOHOR BARU: Seorang peragut maut manakala seorang lagi rakannya patah kaki kiri akibat kemalangan selepas meragut telefon bimbit seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Abd Aziz berkata dalam kejadian yang berlaku pada 5.15 petang itu, kedua-dua suspek telah mendatangi dua  kanak-kanak yang sedang bermain dan berpura-pura bertanyakan jalan.

"Pembonceng motosikal bertanyakan arah jalan kepada seorang daripada  kanak-kanak tersebut dan selepas kanak-kanak itu memberitahu arah jalan, suspek bertindak merampas telefon bimbit yang dipegang mangsa.

"Kejadian tersebut dilihat orang awam yang bertindak mengejar kedua-dua suspek berkenaan dan dalam usaha suspek melarikan diri, mereka telah melanggar sebuah kereta yang sedang keluar daripada persimpangan jalan EcoWorld Taman Kota Masai," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Tambahnya, akibat pelanggaran itu, pembonceng motosikal berusia 20 tahun mengalami kecederaan di kepala dan maut di tempat kejadian manakala rakannya - penunggang motosikal berusia 19 tahun mengalami patah kaki kiri.

"Hasil siasatan lanjut juga mendapati penunggang motosikal mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah, manakala pembonceng tidak mempunyai apa-apa rekod," katanya.

Mayat pembonceng telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat sementara penunggang menerima rawatan di hospital sama dan ditahan untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa