Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 15, 2016

Video Jamal kantoi: Huisy.......kuat sungguh penumbuk Zuraidah ni ye?

Video dedah bagaimana hidung Jamal berdarah
 mk - Hari ini, 8:08 malam
Darah meleleh dari hidung pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas kumpulannya cuba mendekati penyokong PKR di pusat beli-belah Ampang Point di Kuala Lumpur semalam.

Berlaku pergelutan selepas beliau disekat oleh polis.

Dalam keadaan tegang itu, beliau kedengaran menjerit “polis tumbuk saya” berkali-kali.
Selepas itu, beliau memberitahu pemberita bahawa diserang oleh “budak” anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, walaupun laporan polisnya hanya menyebut seseorang yang memakai kemeja T BERSIH.

Lebih mengelirukan, Jamal hari ini berkata kata-katanya semalam bermaksud beliau meminta laluan untuk mengejar pihak yang telah menumbuknya dari arah belakang.

Bagaimanapun, semakan terhadap rakaman KiniTV, menunjukkan bagaimana pertembungan fizikal berlaku di muka Jamal ketika pergelutan semalam.

Kesannya juga dilihat agak kuat sehingga kaca matanya terangkat selepas kejadian.

Pembaca boleh melayani video di bawah ini untuk menilai sendiri keadaan sebenar



2 comments:

  1. banyak ke darah nya...
    tak nampak pun. alahai muka suci bersih pejuang melayu terakhir kena tumbuk dengan orang sendiri..
    pas tu nk salahkan orang kain..
    siapa yg jd pengacau kedamaian sebenarnya.
    ko p kacau orang..kena timbuk ko salah orang.. satu malaysia naik. meluat aksi hebat samseng merah

    ReplyDelete
  2. Awwwwwww...comelnya abam jamal..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa