Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 14, 2016

Muhyidin harus keluar dari bayang-bayang Dr Mahathir.

Posted on Sunday, November 13 @ 13:58:38 MYT by Abdullah
Surat Pembaca
Oleh shahil

Sedang Pakatan Harapan begitu berharap agar satu perjanjian ditandatangani antara parti Pakatan Harapan, sekonyong-konyong President parti Bersatu meminta ia ditangguhkan. TS Muhyidin juga menuntut agar hubungan antara parti gabungan Pakatan itu dibincangkan terutama dengan DAP dan parti serpihan PAN.

Dalam Pakatan Harapan, hanya TS Muhyidin yang bersungguh-sungguh mahukan PAS menyertai pakatan pembangkang itu. DR Mahathir sudah mula menunjukkan sikap lamanya kaki cemuh, mencemuh PAS kerana enggan menyertai Pakatan selagi ada DAP didalamnya.

Penulis melihat ini satu perkembangan yang agak baik. TS Muhyidin mula menunjukkan dia bukan orang yang boleh dicucuk hidung. Dia president Bersatu, dia mempunyai kuasa bersuara dan menentukan hala tuju parti. Dr Mahathir hanya penasihat. Penasihat tidak ada kuasa dalam parti dan tidak ada hak untuk mengawal hala tuju parti.

TS Muhyidin harus keluar dari bayang-bayang Dr Mahathir. Cukup-cukuplah jadi pak turut beliau. Zaman beliau sudah berlalu. Maaf cakap, hanya orang yang bangkrap idea sahaja yang menjadi pak turut Dr Mahathir.

Kelihatannya TS Muhyidin mempunyai pandangan tersendiri dalam mencatur partinya. Beliau kelihatan lebih cenderung untuk bekerjasama dengan PAS. Beliau melihat PAS adalah parti yang penting dalam politik negara. PAS tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. PAS mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam masyarakat Islam. TS  Muhyidin tidak melihat PAN boleh menggantikan PAS sebagai alternatif. 

Apakah TS Muhyidin mengkhianati cita-cita Pakatan Harapan untuk menjatuhkan UMNO? Tidak! TS Muhyidin sama bercita-cita supaya UMNO diturunkan. Namun TS Muhyidin tidak mahu hanya menjadi pak turut Dr Mahathir. Setidak-tidaknya beliau mahu menunjukkan beliau bukan puppet.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa