Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 15, 2016

Tertangkap juga akhirnya......

Tujuh warga Myanmar direman
WARTAWAN SINAR HARIAN - 14 NOVEMBER 2016
Tujuh warga Myanmar direman Tujuh warga Myanmar yang ditahan direman di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Tujuh lagi suspek warga Myanmar termasuk seorang wanita ditahan reman tujuh hari berhubung pembunuhan empat lelaki warga negara itu yang mayatnya ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bachok bulan lalu.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majisret Azem Fatihi Kamal bermula semalam dan berakhir Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

Difahamkan semua suspek berusia antara 18 sehingga 48 tahun yang bekerja sebagai buruh itu ditahan di Kampung Berdang, Jeli, petang semalam.

Berikutan penahanan tersebut menjadikan seramai 14 warga Myanmar sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini media melaporkan penemuan empat mayat di kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok oleh orang awam pada 30 Oktober lalu dipercayai berpunca daripada perbalahan agama.

* Dendam di tanah air mereka membara hingga ke sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa