Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 14, 2016

Ini isu dan hak Mahkamah: Apa pula yang Mamat ni sibuk-sibuk mencelah?

Rafizi sengaja mahu dipenjarakan, kata Rahman Dahlan

  | November 14, 2016
Beliau mendakwa Rafizi melakukan aksi murahan demi meraih sokongan politik peribadi dan sedar pelanggaran undang-undang yang serius semasa melakukannya.
PETALING JAYA : Menteri Umno mendakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sengaja mahu dipenjarakan agar beliau boleh menampilkan dirinya sebagai korban politik kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.
Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam kenyataannya hari ini, Rafizi melakukan satu aksi murahan demi meraih sokongan politik peribadi dan beliau tahu serta sedar pelanggaran undang-undang yang serius semasa melakukannya.
“Hukuman ke atas beliau sangat bertepatan dan Rafizi tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri beliau sendiri,” kata beliau.
Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman 18 bulan ke atas Rafizi berhubung 2 tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diklasifikasikan sebagai sulit.
Mengulas lanjut, Rahman yang merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah, Rafizi sememangnya sangat terkenal sebagai seorang yang gemar memfitnah pihak lawan tanpa membuat kaji selidik dan melanggar undang-undang negara.
“Kali ini beliau tahu dan sengaja melanggar undang-undang,” katanya.
Rahman berkata, Rafizi juga sudah diberi amaran berulang kali yang beliau akan melanggar Akta Rahsia Rasmi sekiranya mendedahkan mana-mana bahagian laporan terbabit tetapi memilih meneruskan tindakannya.
Menurut Rahman, tiada negara akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya setiap orang dengan sengaja melanggar undang-undang dan dibebaskan begitu sahaja.
“Adakah Rafizi berfikir beliau bebas daripada tindakan undang-undang? Adakah beliau berfikir undang-udang hanya terpakai ke atas konstituensi dan bukannya terhadap beliau?” soalnya.

* Bila Mahkamah dah jatuh hukum bermakna dokumen-dokumen tu bukan tipulah ye?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa