Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 14, 2016

Mungkinkah PAS dah makan ‘dedak’?

DAP cuma alasan, mungkin PAS dah makan ‘dedak’, kata Dr M

  | November 12, 2016
Bekas perdana menteri itu berkata mereka yang menghalang perlawanan satu lawan satu dengan BN sebenarnya penyokong kerajaan Datuk Seri Najib Razak.
SHAH ALAM: Sebarang kemungkinan PAS bergabung untuk menentang BN pada pilihan raya umum akan datang musnah hari ini selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh parti Islam itu makan “dedak”.
Bercakap di hadapan lebih 1,000 orang di konvensyen pertama Pakatan Harapan di sini hari ini, bekas perdana menteri itu berkata mana-mana parti yang menghalang matlamat pembangkang untuk menewaskan BN – realitinya ia adalah penyokong kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak menamakan parti mana, namun PAS yang masih belum bersetuju untuk sekutu pilihan raya dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menentang BN.
“Mereka mendakwa berjuang untuk orang Melayu. Sebenarnya mereka sokong Najib. Mungkin mereka terima dedak.
“Anda tak boleh kata tak mahu sertai Pakatan kerana DAP salah satu parti komponennya. Itu bukan alasan sebenar,” katanya.
Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS, DAP dan PKR terkubur tahun lalu selepas pertelingkahan secara terbuka antara PAS dan DAP dengan pemimpin PAS berkata parti itu tidak akan lagi bekerjasama dengan DAP.
DAP dan PKR membentuk Pakatan Harapan dengan Amanah, yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti yang ditubuhkan pada September, pernah cuba untuk bergabung dengan PAS, dan berharap parti Islam itu akan menyertai pakatan mereka menentang Najib dan kerajaan BN.
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkali-kali menyatakan parti itu tidak akan mengulangi kesilapan bekerjasama dengan DAP.
Ini susulan DAP menjadi penentang paling besar terhadap impian PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, hingga menyebabkan terkuburnya Pakatan Rakyat.
Dr Mahathir hari ini berkata beliau dulu musuh terbesar pemimpin DAP Lim Kit Siang, tetapi itu perkara kecil berbanding usaha untuk menggulingkan musuh utama negara, Najib.
“Lupakan semua perbezaan kerana kita berdepan ancaman terbesar negara. Hanya kita boleh halang Najib daripada menyebabkan hutang negara bertambah, yang menjadi alasan Greece bankrap,” katanya.
Beliau berkata satu-satunya sebab pembangkang tidak boleh mengambil alih Putrajaya pada masa lalu ialah kerana gagal bersatu.

* Adakah ini yang Mahathir sebutkan sebelum ini: Pihak bawa masalah dalam pembangkang sokong Najib, kata Tun M

* Dan kata Nurul Izzah pula: We don’t need corrupt ‘pak haji’ leaders

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa