Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 13, 2016

Gi mamposlah!: Berhentilah bertapi-tapi Kak Wan Oii........!

* Aku sokong kenyataan Ezzah.......buat apa nak berketuakan Pak Haji Korap? "A corrupt pak haji is not our leader"
Biarkan rakyat menilai!

'Wan Azizah: Pas Memang Tak Datang Tapi...'
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan walaupun Pas tidak menyertai konvensyen Pakatan Harapan hari ini, namun beliau percaya bahawa parti itu 'bersama' dengan gabungan itu.

Ujarnya, ini kerana menerusi kenyataan Mursyidul Amnya, ‎Hashim Jasin yang sebelum ini telah menawarkan kerjasama politik dengan mana-mana parti dalam gabungan itu bagi menentang BN.

"Kita memang jemput Pas...mereka pilih tak datang tapi saya baca kenyataan akhbar Mursyidul Am Pas untuk pilih satu lawan satu," katanya dalam sidang media konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ketidakhadiran Pas ke konvensyen Pakatan Harapan hari ini.

Sebelum ini, Pas menerusi kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang bertegas Pas tidak akan menghadiri konvensyen tersebut.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Sebelum itu, memetik kenyataan Hashim, Pas kini mempunyai sikap sangat terbuka untuk bekerjasama dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang.

Oleh itu ujar Hashim strategi satu lawan satu adalah strategi terbaik menewaskan BN, yang pengaruhnya semakin lemah.

“Kerjasama politik adalah pendekatan sangat penting dalam menjatuhkan kezaliman kerajaan BN pada PRU14.

"Justeru, Pas mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa