Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 15, 2016

Mahathir meninggal?

Berita Kematian Dr Mahathir Palsu
Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 11:32 PM
Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Berita kematian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi viral disahkan palsu.

Artikel pada Ahad bertajuk TERKINI: Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun adalah salah satu berita palsu dari laman web http://telegraph-tv.co.uk.

Halaman portal tersebut kelihatan seolah-olah agak baharu dengan hanya beberapa artikel disiarkan.

Pada 6 November lalu, portal tersebut turut menyiarkan satu lagi berita palsu dengan mendakwa bekas Perdana Menteri Thai, Thaksin Shinawatra meninggal dunia.

* Berita dari telegraph-tv.co.uk.  Agak-agak kerja sape ni? Siapa agaknya yang suka kalau Mahathir mati?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa