Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 13, 2016

Kekalahan Clinton kerana disabotaj Pengarah FBI?

AHAD, 13 NOVEMBER 2016 @ 9:24 AM
Hillary Clinton salahkan Pengarah FBI 
Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey. - Foto AFP 

WASHINGTON: Calon Demokrat, Hillary Clinton, menyalahkan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, di atas kekalahan mengejutkan pada pilihan raya presiden Selasa lalu dalam perbualan dengan pembiaya utama kempennya. 

Clinton yang dianggap hampir semua tinjauan pendapat sebagai calon popular yang akan memenangi pilihan raya Selasa lalu. 

Sebaliknya, calon Republikan, Donald Trump, menang pemilihan itu, mengejutkan banyak pihak di seluruh negara dan mencetuskan bantahan besar-besaran. 

Clinton tidak menonjolkan diri sejak kekalahannya selepas menyampaikan ucapan pada pagi Rabu.

Beliau memberitahu penyokongnya pada Sabtu bahawa pasukannya sudah merangka memo yang meneliti perubahan tinjauan pendapat menjelang pilihan raya itu dan surat daripada Comey terbukti menjadi titik peralihan. 

Clinton berkata, keputusan Comey untuk memberitahu khalayak mengenai siasatan semula ke atas pelayan emel beliau menyebabkan sokongan merosot di Midwest, menurut sumber yang tahu mengenai perbualan itu. 

Clinton kalah di Wisconsin, kali pertama sejak 1984 negeri itu memilih calon Republikan pada pilihan raya presiden. 

Walaupun keputusan akhir di Michigan masih belum dikira, ia condong ke arah Republikan, di negeri yang kali terakhir memihak kepada calon parti itu pada 1988. 

Comey menghantar surat kepada Kongres beberapa hari sebelum pilihan raya, mengumumkan beliau membuka semula siasatan sama ada Clinton mengendalikan secara salah maklumat sulit apabila menggunakan pelayan emel peribadi ketika menjadi Setiausaha Negara pada 2009 hingga 2012. - Reuters  

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa