Pesakit pertama Ebola di AS meninggal dunia
WASHINGTON: Mangsa pertama dijangkiti Ebola di Amerika Syarikat meninggal dunia semalam dengan kerajaan mengumumkan langkah lebih ketat menangani merebaknya wabak membawa maut itu diperluaskan meliputi pemeriksaan di semua lapangan terbang.
Pemeriksaan terhadap penumpang itu termasuk mengambil bacaan suhu badan pengunjung dari Afrika Barat yang meliputi lima lapangan terbang utama di Amerika.
Saringan kesihatan terbaharu itu akan bermula Sabtu ini di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK New York dan disusuli Washington Dulles serta lapangan terbang antarabangsa di Atlanta, Chicago dan Newark.
Dianggarkan purata lebih 150 pengunjung akan diperiksa menggunakan alat bacaan suhu berteknilogi tinggi yang tidak perlu dilekapkan di kulit badan.
Rumah Putih berkata, pemeriksaan itu juga menjangkau lebih sembilan hingga 10 pengunjung yang memasuki Amerika dari negara yang teruk dilanda Ebola iaitu Liberia, Sierra Leone dan Guinea.
Presiden Barack Obama meminta langkah kawalan lebih ketat itu amat diperlukan untuk menambahkan lagi aspek perlindungan yang sedang dikuatkuasakan bagi mengawal Ebola daripada merebak.
Pengawal sempadan juga diminta memantau dan memeriksa rapi kemasukan mereka yang sakit dan segera melaporkannya kepada Pusat Kawalan Penyakit.
Sekiranya pemeriksaan deman biasa yang dilakukan di pintu masuk mungkin boleh mengenal pasti keadaan Thomas Eric Duncan, seorang lelaki Liberia yang mati akibat Ebola di Hospital Dallas, awal pagi semalam.
Duncan masih tidak menunjukkan simpton menghidap Ebola ketika dia tiba di Amerika.
Bagaimanapun, rawatan yang lewat terhadap Duncan serta jangkitan yang didapati seorang jururawat yang merawat pesakit Ebola di Spain, kini meningkatkan lagi kebimbangan dalam kalangan negara Barat kemampuan mereka untuk menyekat penyakit ini yang sudah mengorbankan 3,800 orang di Afrika Barat. - AP
Thomas Eric Duncan, seorang lelaki Liberia yang mati akibat Ebola di Hospital Dallas, awal pagi semalam.
negara samseng besar dunia akan rasai apa yang mereka khianati pada seluruh dunia sejak dulu,menghuruharakan setiap negara yang dirasa jadi ancaman atau semakin kuat,kini sedikit demi sedikit pengkhianatan terhadap negara luar terutama negara-negara islam kian timbul dinegaranya ,ekonominya pun makin teruk walau bermaharaja gila dalam penjualan senjata untuk menampung dolar yang makin susut ! ABU jangan lupa !
ReplyDeleteMat black pun ramai kat negara kita. Apa langkah kerajaan terhadap kes serius mcm ni. Makin lama makin ramai. Kena langkah yg lebih ketat.
ReplyDeleteApa la cakap 'bala' ni bro. Semua yang kena tu adalah pekerja kesihatan yang mengambil risiko pergi ke kawasan penyakit. Kita yang Islam ni ada tolong?
ReplyDeletememang bala pun....
ReplyDeletebala diturunkan di sesebuah negeri tanpa mengira sesiapa walaupun yang melakukannya ialah obama.
Alhamdullillah
ReplyDeleteKita sendiri sudah dapat bala tanpa di sedari dengan lahanat jadi ketua...jutaan seksa 20sen !