Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 9, 2014

Kebalnya Brehim: Alasan Yang Lebih Mencemarkan Islam!

Di manakah toleransi beragama?
Adakah selepas ini Gereja juga akan terima ancaman dibakar demi mempertahankan Islam dengan alasan memurtadkan ramai Penganut Islam dari golongan Melayu?
Kalau inilah alasannya Presiden ISMA juga akan terlepas?

'Islam tak dipertahan dengan ancam bakar Bible'
mk - 11:50AM - 9 Oct 2014

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan tidak mendakwa Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung ancamannya untuk membakar Bible bahasa Melayu kerana beliau "hanya mempertahankan kesucian agama Islam".

Ini kerana menurut beliau ajaran Islam tidak membenarkan perbuatan mengancam dan menindas agama lain.

"Saya fikir ini menunjukkan pihak berkuasa tidak bertanggungjawab dalam hal ini.

"(Membakar Bible untuk mempertahankan Islam) itu pendapat Umno atau menteri. Ia tidak pernah ditoleransikan. Pemahaman saya mengenai Islam adalah anda perlu hormati kepercayaan dan teks agama," kata beliau ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Anwar berkata demikian membalas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri semalam.

Menurut Nancy lagi, kata-kata yang diucapkan oleh Ibrahim adalah ditujukkan kepada individu-individu yang telah mengedar naskhah Bible yang mengandungi kalimah Allah dan juga tulisan Jawi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang, termasuk pelajar Melayu.

Nancy berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang bertanya mengapa Ibrahim belum didakwa.

Ibrahim dalam sidang akhbar di Pulau Pinang dilaporkan menggesa umat Islam supaya "merampas" dan "membakar" bible tersebut.

Anwar mengulas kenyataan Ibrahim sebagai mengejutkan dan tidak sepatutnya dipertahankan apatah lagi dengan alasan mempertahankan Islam.

Bahkan beliau mendakwa tindakan itu bermotif politik semata-mata kerana beberapa siri pendakwaan terpilih menggunakan Akta Hasutan kepada pihak tertentu sahaja.

"Anda sekarang dapat melihat mereka yang immune dari proses perundangan.

"Secara prinsip saya tidak bersetuju dengan sekarang tindakan (akta Hasutan) terhadap Pakatan atau BN kerana saya berpendapat ia undang-undang kuno, tidak relevan dan menindas, tetapi turut digunakan secara tidak konsisten," kata beliau. 

5 comments:

  1. haprak punya gerombolan pakai undang-undang terpilih-pilih ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Selamat perkatak dibawah tempurung.bolehlah stok makanan banyak2 dalam kain bini dia.

    ReplyDelete
  3. Kita nak dengar komen dari pemimpin2 UG dalam hal ini. Mana TGHH, Wan Zawawi Wan Salleh, Dr Khairudin At takiri ya g dilaporkan oleh FMT sudah menjadi ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

    Habisla DUPP. Dah jadi sarang UG. Ketua dan Setiausaha DUPP semua puak UG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ler.komen dari ketua konsensus nasional dah diberi.

      Delete
  4. Hari ni katak braheng terlepas, esok lusa boleh lagi menghasut sana sini.ah hanjing belaan umngok, sekejap jadi hanjing menyalak sekejap lagi jadi haiwan terlindung.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa