Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 7, 2014

Baru Tiba Dari KL - Nak Saudara Masih Kritikal Tapi Setabil

Kami tiba di KB dari KL jam 9:40 malam tadi....

Maafkan saya kerana tak sampai hati nak ambil gambar dalam ICU di PPUM dalam keadaan koma dan upload kat sini

Kami terpaksa pulang kerana isteri bekerja hari ini
Alhamdulillah......dengan berkat doa keluarga dan saudara-saudara mayaku (bloggers dan pengunjung) ke sini keadaan pemulihan beliau (Hulwani Tajuddin) di luar jangka.

Doktor menjangkakan beliau akan hilang ingatan dan akan lumpuh separuh badan. Tetapi semalam semasa saya melawatnya beliau menggerakkan kedua-dua kaki, tangan kiri dan bahu kanan. Beliau seolah cuba membuka matanya walau mungkin dalam keadaan separuh sedar.

Beliau mengalami kecederaan yang teruk pada otak sebelah kanan dan tempurung kepala di tempat itu telah di buka untuk kurangkan tekanan.

Alhamdulillah bersyukur yang amat sangat kerana pada saya, pemulihannya agak ketara berbanding dari jangkaan doktor.

Kandungannya pula dikatakan ok dengan degup jantung janin yang setabil.

Terima kasih semua dan diharapkan benar saudara-saudara mayaku teruskan berdoa untuknya. 

Berita sebelumnya : 

4 comments:

  1. Allahurobbi... ujian dari Allah. Moga adinda Hulwani diberi kekuatan dan kesabaran termasuk semua ahli keluarganya..

    Kakak menitip doa yg sama. Sedih:(

    ReplyDelete
  2. Kakzakie

    terima kasih tak terhingga di atas doa Kakzakie

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah

    Tak perlu risau dan khuathir kekuasaan ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  4. Ikhtiar berdoa tawakkal.bersangka baik terhadap khaliq.segalanya di bwh kuasa dan miliknya.dia yg maha tahu mana yg terbaik bg kita hambanya.doa sy sentiasa bersama abe&kluarga.semoga sgalanya dipermdhkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa