Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 9, 2014

MH370: Cari Di Lokasi Baharu Pulak!

MH370: Lokasi baharu pencarian lebih jauh ke selatan Lautan Hindi
Pencarian dasar laut MH370 kini tertumpu di kawasan lebih jauh ke selatan Lautan Hindi, dikenali sebagai 'seventh arc'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2014.

Pencarian di dasar laut bagi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 7 bulan lepas akan bertumpu di kawasan lebih jauh ke selatan iaitu kawasan terpencil dikenali sebagai 'seventh arc' di Lautan Hindi.
Keputusan itu disahkan berdasarkan analisis terbaru dilakukan satu pasukan daripada United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia.
Laporan rasmi berhubung butiran analisis itu dikeluarkan hari ini oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang menerajui operasi itu.
Menurut laporan itu, lokasi baharu misi pencarian itu ditetapkan selepas memperhalusi data komunikasi satelit dan maklumat panggilan telefon selama 17 minit dari darat ke udara yang tidak dijawab selepas maklumat terakhir diterima daripada radar.
"Perkembangan terkini itu memberikan input penting terhadap perancangan ATSB dan hala tuju aktiviti pencarian di dasar laut," katanya.
Laporan itu menyatakan, pemeriksaan dan analisis yang sedang dijalankan terhadap data Satcom dan simulasi "berakhirnya penerbangan" akan diteruskan dan mungkin akan membawa kepada perubahan pengerahan aset bagi misi pencarian.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari dianggotai pelbagai negara digerakkan untuk mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai 'berakhir'.
Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, tanpa sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini. – Bernama, 8 Oktober, 2014.

3 comments:

  1. Salam Mountdweller

    Cari di tempat yang impossible jumpa supaya ada alasan kenapa tak jumpa.

    ReplyDelete
  2. Post wгiting is also a fun, if you be acquainted witɦ
    after that уоu can write if not it is complex to wгite.


    Feel frеe to surf to my weblog :: temp

    ReplyDelete
  3. Salam pak din.

    Dah agak dah...deme mesti mengarut & melalut cari sampai Antartika punya lah ! Alang-2 bohong tu bior nampak mcam betui.. ye ye aje deme tu !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa