Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 3, 2015

Adakah "jembalang" sabotaj dicipta untuk menutup kelemahan sendiri?

'George Soros baru' dalang kejatuhan Ringgit, atau temberang kerajaan tutup kelemahan?
04:30PM Feb 02 2015
 oleh Mike Tan
SEKILAS PANDANG: Kejatuhan nilai matawang Ringgit secara mendadak baru-baru ini diwarnai natijah baru apabila timbul khabar angin yang mengatakan ada manipulasi pihak tertentu. Tuduhan ini, yang dilaporkan media telah dilemparkan melalui blog-blog, mngatakan yang kininya seorang ahli perniagaan telah memanipulasikan nilai RInggit untuk untung keuntungan peribadi beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandang berat tuduhan ini, melabelkannya sebagai "kegiatan sabotaj ekonomi", dan berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sebarang tindakan yang sedemikian.
Walaubagaimana pun beliau memperingati yang semua ini hanyalah jika terdapat bukti kukuh akan apa yang didakwa.
Baik betul atau tidak apa yang diperkatakan, tuduhan manipulasi matawan bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah negara kita.
Nilai matawang Ringgit pernah menurun mendadak sebelum ini, ketika krisis kewangan Asia di akhir tahun 90an, justeru itu tuduhan manipulasi pasaran matawang telah dilemparkan kepada beberapa individu tertentu.
Di kemuncak krisis terbabit, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed menuduh pedagang matawang berbangsa Yahudi George Soros sebagai dalang kejatuhan nilai Ringgit kerana hendak menghukum Asean yang telah bersetuju menerima Myanmar ke dalam pertubuhan serantau tersebut.
Ini berlarutan hingga menjadi pertengkaran besar antara Mahathir and Soros, dengan pelbagai serangan mulut dari kedua belah pihak.
Akhirnya, Mahathir mengambil keputusan untuk menetapkan nilai Ringgit kepada US Dollar pada kadar RM3.50 kepada satu Dollar US Dollar pada bulan September 1998 selepas Ringgit kehilangan hampir 60 peratus dari nilainya pasarannya.
Langkah tersebut telah digunapakai selama tujun tahun, sehinggalah penetapan tersebut dimansuhkan pada bulan Julai 2005.
Akhirnya pertengkaran antara Mahathir dan Soros berakhir apabila keduanya berjumpa selepas sembilan tahun pada 2006 bilamana Mahathir dilaporkan menafikan pula penglibatan Soros dalan krisis terbabit.
Adakah pisang berbuah dua kali 20 puluh tahun kemudian? Adakah kita sedang menuju ke arah krisis ekonomi dan kewangan yang meruncing seperti tahun 90an?
Dan kenapakah tiba-tiba muncul tuduhan sabotaj ekonomi dan manipulasi matawang Ringgit?
Adakah negara kita sedang diserang secara ekonomi dan kewangan? Atau adakah pihak berwajib sekali lagi hanya menggunakan "jembalang"  sabotaj dan manipulasi ini untuk menutup pekung kelemahan negara kita sendiri?
Harap-harap, kesungguhan Perdana Menteri kita untuk menyelidiki tuduhan terbabit terpancar dari kejujuran dan apa yang sebnarnya terjadi akan di war-warkan kepada rakyat secara telus..
Hanya dengan demikian sahajalah Malaysia akan dapat melepasi cabaran ribut krisis ekonomi ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa