Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 3, 2015

Majoriti India akan tinggalkan MIC?

'Awas sebelum MIC ditinggalkan orang India'
mk - 2:00PM - 3 Feb 2015

Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan pemimpin parti itu supaya menyelesaikan segera masalah dalaman parti.

Ini kerana, Samy berkata, sekiranya krisis itu berpanjangan MIC akan berdepan dengan masalah sokongan kepada parti.

"Kekuatan MIC perlahan-lahan semakin jatuh. Jika mereka tidak ambil tindakan (selesaikan masalah parti), MIC akan kehilangan sokongan.

"Bila hilang kekuatan, masyarakat India akan tinggalkan MIC," kata Samy kepada pemberita semasa ditemui pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves hari ini.

Selain itu, Samy Vellu turut mengingatkan, sebagai seorang presiden, Datuk Seri G Palanivel sepatutnya mencari jalan penyelesaian bagi kemelut MIC.

Bimbang MIC tiada lagi

Kata bekas presiden paling lama itu, beliau bimbang jika MIC tidak wujud lagi sekiranya tiada sebarang tindakan yang dibuat Palanivel.

"Jika kita mahu menyelesaikan masalah-masalah dalam parti sekarang, presiden mesti ambil tindakan.

"Presiden mesti jadi orang nombor satu, selepas itu orang lain boleh ikut cadangan yang diberi oleh orang belia.

“Jikalau beliau tidak ambil tindakan yang sesuai, saya takut MIC tidak ada lagi," katanya lagi.

Perbezaan pendapat timbul dalam MIC berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa pusat (CWC).

Ekoran pelbagai pertikaian yang berlaku, Palanivel dan Saravanan kini akan mengambil pendekatan berdiam diri sehingga masalah dalaman itu selesai.

3 comments:

  1. Apa kah biawak biawak kenyang se satu bangkai dalam rangkaian hidup nya....???

    1 Mat Dah Bahalol

    ReplyDelete
  2. saya tak takut kalau orng india lari tinggal mic,lagi saya suka yang saya akan lebih takut ialah orng melayu islam akan lari tinggalkan pas.yang tinggal pas tu yang terlebih wala' tak memasal.tengok ja yang backup presiden datang dari golongan ustaz2 dari ganu kite,walaupun bermastautin kt negeri lain terutama nya pahang.fikir2kanlah apa kesudahannya episod cerita tersebut.nak tutup kelemahan diri,orang lain jadi mangsa.

    ReplyDelete
  3. Yg sudah kita lihat PAS meniru cara Umno sebab matlamatnya adalah 'PAS ganti Umno'. Sekarang ini pula PAS sedang memerhati gelagat MIC, manalah tahu jika ada yg perlu ditirunya juga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa