Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 7, 2015

Boleh pakaikah pimpinan yang bercelaru macam ni?

Pimpinan PR bincang isu hudud esok: Mat Sabu kata ya, Ahmad Yakob kata tidak
TRP - PUBLISHED: Feb 7, 2015 01:11pm

KUALA LUMPUR, 7 Januari:

Rang undang-undang hudud Kelatan tidak akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) esok seperti yang diminta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Menurut beliau, rang undang-undang berkenaan hanya boleh dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat di Parlimen kerana diklasifikasikan sebagai embargo.

“Bagaimanapun, kita sudah bincang melalui jawatankuasa teknikal, kita panggil pengamal undang-undang, pensyarah-pensyarah, NGO termasuk dalam parti dan Pakatan Rakyat,” kata Ahmad seperti yang dilaporkan portal berita rasmi PAS, Harakahdaily.

“Jadi Ahad kita tidak boleh bentang enakmen berkenaan, lepas pada itu (pembentangan di DUN atau Parlimen) Insyallah,” katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Baru semalam.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu jelas bercanggah dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dilaporkan berkata Rang undang-undang hudud Kelatan serta pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) adalah antara isu yang aakan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.

Semalam Anwar menyarankan PAS membentangkan cadangan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat PR Ahad ini, sebelum ia dibawa ke Parlimen.

Ketua pembangkang itu berkata ia masa terbaik membentangkan enakmen yang akan membolehkan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu, supaya pemimpin DAP dan PKR boleh turut memahami dan menilai terlebih dulu cadangan undang-undang Islam itu.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, PR juga sudah meminta kerajaan negeri Kelantan menunjukkan kepada mereka terlebih dulu kertas cadangan enakmen sebelum sebarang keputusan dibuat.

Hudud adalah antara isu yang menyebabkan parti-parti dalam PR tidak pernah berhenti bercakaran selain kemelut menteri besar Selangor tahun lalu, terutamanya antara PAS dan DAP.

Selain itu, PAS kemudiannya membangkitkan isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang didakwa diperjuangkan DAP walaupun tidak pernah dipersetujui PR.

Esok, Majlis Pimpinan PR akan bermesyuarat dan dijangkakan akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selepas setahun tidak berbuat demikian.

Anwar meminta ia diadakan sebelum 10 Februari kerana Selasa ini, Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Penganalisis politik menjangkakan jika Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh itu didapati bersalah dan dipenjarakan, PR akan sejarah perpecahan gabungan parti pembangkang dalam Barisan Alternatif yang dianggotai PKR, DAP dan PAS pada 2004 akibat isu hudud akan berulang.

8 comments:

  1. Mat Sabu kata ya pasal Mat Sabu dengar Anwar kata ya....bukan Mat Sabu dengar dari Ahmad Yaakub. Mat Sabu dah diliberalkan pemikirannya oleh LGE dan disekularkan oleh Anwar. Sebenarnya tidak bercelaru cuma Mat Sabu je yang tak tahu. Anwar suruh bentang dulu usul Hudud masa mesyuarat nanti supaya DAP dan PKR faham dan boleh menerima usul tersebut. Sudah-sudah la tu Anwar, dah lama dah usul Hudud ni kenapa sekarang baru nak menyibuk yang hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk kamu ke penjara. Ikhlas ke?

    ReplyDelete
  2. Pemimpin yang bahalol otak gred 3 tak dapat bawa apa2 kemajuan pada diri mereka sendiri jauh dari membangun orang atau bangsa sendiri.

    Muka muka bahalol sama saja.

    Nik Aziz hanya lah sejarah ter baik PAS , selepas nya hanya bebudak benggap pak lebai tak de duit gila kan bini no 2 3 4 mengharap pencen2 kerajaan.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  3. Islam itu CAHAYA
    Islam sbnr2 CAHAYA yg TERANG
    Islam itu sbnr2 CAHAYA yg LURUS

    AutaPONTENG belit U-turn itu GELAP
    Samar kliru brCELARU itu lg GELAP

    Khianat dan FITNAH pula adalah seGELAP2..GELAP yg sgt dahsyat!

    Kenapa GELAP?
    Ddlm GELAP itu
    Bnyk "rahsia" sembunyi ddlm GELAP

    Harta harta harta & HARTA adalah "rahsia" punca GELAP..
    ...utk sembunyikan HARTA yg disonglap drp rkyat itu maka GELAPlah jln pilihan yg dicanang oleh iblis & setan!

    ReplyDelete
  4. Otak seorang pemimpin PAS yang bengap dan tak boleh dibawa berbincang,bagaimana rakan serumah hendak menyokong usul yang akan dibentang jika isi kandungan yang hendak dibentang itu tidak dilihat dan dibaca oleh rakan yang hendak menyokong bukan bodoh namanya tu bukannya majlis PR hendak pinda atau tokok tambah RUUH itu tapi nak tahu isi kandungan tek itu saja sekurang-kurangnya majlis PR boleh beri sdikit sokongan moral atau pandangan untuk menguatkan lagi sokongan dari juak-juak UMNO nanti BN akan ketawa saja sebab undi majoriti mudah masih kurang empat undi,nanti jangan salahkan orang melayu PKR atau islam UMNO(yang mengaku Islam) pula kerana tidak sokong RUUH tu dan menuduh pula melayu yang mengaku islam tidak menyokong hukum tuhan robbol 'alamin. Na'uzubillah hizalik.

    ReplyDelete
  5. aku n bodoh... x fhm apadia embargo. x bincang msa mesy pakatan. kna bentang dlm DUN. tapi boleh plak bincang ngan ngo, pensyarah bagai... mungkin bincang msa dalam DUN kot... sangka baik...

    ReplyDelete
  6. Mat yakub ni sememangnya laughing stock...lebih sesuai jadi tok ngulu jah

    ReplyDelete
  7. PAS hanya bersendirian tiada PKR jauh sekali DAP, Hudud hanya tanggungjawab PAS bukan tanggungjawab pemimpin Islam yang lain termasuk Anwar. Hanya puak-puak Ulamak dan Tuan Guru je yang diwajibkan memperjuangkan hukum Allah ini. Orang lain dan pemimpin lain dinasihati supaya DIAM dan biarkan mereka melakukan perkara wajib keatas mereka.

    ReplyDelete
  8. Tak faham betul PAS ni...betul2 nak buat hukum hudud atau nak jadikan senjata supaya dpt tuduh org lain x mau Islam...betui ke ada enakman tu atau x buat homework langsung...kerja x siap ni.kalau nak bentang dgn rakan2 enakmen hukum hudud pun x mampu macmana nak bentang kat Parlimen...PAS ni rakan pakatan yg meragukan..PKR n DAP kena sentiasa berbati2 dgn PAS ni..kita takut PAS ni Musang berbulu Ayam..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa