Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 7, 2015

Inilah dia 'komitmen' yang aku dok sibukkan sekian lama

Tapi sayangnya manusia yang berfikiran kontot tak faham isu
Tibai aku macam-macam.......
Anti Ulamakla.....libralismala.....sekularismala...sokong Chauvinismala......anti pejuang Islamla...

Sebenarnya aku tak kisah aku ditibai dan diketuk kerana.......dikritik dan ditegur akan menjadikan manusia yang rasional lebih matang serta membentuk kesabaran dan lebih bersikap positif

Cuma mereka yang gagal untuk difahami ialah, aku anti sikap individu-individu tertentu terhadap komitmen yang diamanahkan kepadanya oleh pengundi dan ahli parti sendiri

Lebih memalukan bila individu-individu itu disinonimkan dengan Islam dan ajarannya 

Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi
Published: 7 February 2015 3:01 PM
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok, kata Datuk A Samad Said.
Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.
“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini.
“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.
“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.”
Hadi berkata malam tadi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.
Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.
"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.
“Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.
Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS.
Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah.
“Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa.
“Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.
“Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat,” katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.
Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP.
Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar.
“Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa.
“Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan.
“Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Selasa ini, Anwar akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.
Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.
Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui.
Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar. – 7 Februari, 2015.

5 comments:

  1. Sedara admin
    Amanah pengundi memang satu tanggungjawab pemimpin, hukum Allah amanah siapa dan tanggungjawab siapa?

    ReplyDelete
  2. Pak Samad tahu jadi orang waras dan ber fikiran matang.

    Pemimpin2 PAS rata rata bahalol saja kalau kerja Pak Gud di Tesco sesuai kot.

    ReplyDelete
  3. Respon kpd anon 8:30pm, jika masih hendak bersama PR bertindaklah secara muafakat bersama dgn menghadiri mesyuarat. Jika ada selain drp itu, eloklah tinggalkan PR dan bawalah haluan sendiri tentu tidak akan menggangu rakan yg tidak sekepala dengannya.

    ReplyDelete
  4. IN-Shaa Allah akan ada jalannya, kita tunggu mesyuarat hari ni.....

    ReplyDelete
  5. Anon 8:30
    Berifkiran waras.. jangan kelabu dan taksub dgn pemimpin. Nak laksana hukum Allah kena ada perancangan yg teratur.. bukan sekadar ceramah aje. Tugasnya besar mesti dilaksanakan secara berpasukan.

    adab berpasukan mesti berbincang.. kalau dah rasa pasukan ni tak boleh terima idea kita.. pergi cari pasukan lain.. jangan tunggu

    ini tidak .. masih nak duduk dalam pasukan tapi tan nak berbincang.. ini peel org bodoh sombong

    peel macam ni jauh sgt dari akhlak islam.. macam mana nak tegakkan islam

    payah bercakap dgn pemimpin dan pengikut bodoh sombong.. memalukan islam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa