Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 8, 2015

Di negeri penduduknya buta, Raja yang dipilih mempunyai sebelah mata

Umno Baru, tubuh pada 1988, telah menjalani metamorfosis 
12:30PM Feb 08 2015
SEKILAS PANDANG: Perumpamaan berkata, di negeri penduduknya buta, Raja yang dipilih mempunyai sebelah mata. Itu keadaan Umno Baru hari ini. Kenyataan yang dihamburkan daripada pemimpin termasuk menteri kabinet menunjukkan mentaliti mereka yang ‘buta’. Namun apa yang dimuntahkan diberi persetujuan oleh pemimpin ‘bermata satu’ mereka.
Apabila Umno Baru ditubuhkan ia hanya berdasarkan monolog seorang pemimpin. Ia tidak menjalani diskusi bermakna dan tiada perdebatan dibuat mengenainya. Ahlinya tidak memikirnya sedalam-dalam.
Apa yang dikata pemimpin tersebut dituruti para pengikut. Trafik dilihat sehala dan kepimpinan dari atas ke bawah. Umno Baru dari mula lagi berhasrat membentuk pengikut yang hanya menurut secara membuta tuli.
Bagi mengukuhkan sistem, pemimpin bahagian diberi upah dalam bentuk kontrak dan juga IP (permit impot) bagi barangan.
Pemimpin peringkat kedua yang amat setia kemudian mengambil-alih daripada pucuk pimpinan, tanpa sebarang kebolehan. Ianya sistem feudal moden dan mereka yang berjaya naik dijangka akan memberi layanan yang serupa. Tetapi itu tidak berlaku apabila penggantinya telah dilatih menjadi “lembik” dan tidak berupaya mencengkam seperti mana pemimpin sebelumnya.
Dia terpaksa berundur.
Umno Baru bertukar menjadi negara orang buta. Najib menggantinya dan pengikut menurut sahaja.
Dalam Umno Baru, tidak ada penentangan terhadap pemimpin dan soalan hanya dikemukakan kemudian.
Pengikut-pengikut buta diberi kedudukan tetapi tidak berupaya menggalas tanggungjawab. Mereka kemudian mencari alasan bagi menutup kelemahan. Sasaran biasa tentunya orang bukan Melayu. Tidak mengejutkan apabila Datuk Seri Ismail Sabri mendakwa ahli perniagaan Cina menyebabkan harga barangan melonjak.
Sesungguhnya ianya membuktikan pemimpin-pemimpin ini tidak bertanggungjawab. Datuk Seri Najib Razak tergesa-gesa memberi justifikasi bagi menutup kenyataan yang dibuat pengikutnya. Hanya ahli partinya tertipu. Usahanya dilihat menyebabkan keadaan semakin parah.
Sarkis ini menjadikan negara bahan ketawa di mata dunia. Komen di media antarabangsa yang berpengaruh menumpukan kepada keadaan menyedihkan di negara ini.
Kegilaan bakal berterusan kerana Umno Baru ditadbir kelompok dengan kebijaksanaan di tahap sifar dan mereka buta sepenuhnya di dalam menyelesaikan jurang perbezaan etnik, agama, sosial, politik dan ekonomi di negara ini.

4 comments:

  1. Orang orang buta tapi berakal tidak sekali kali membahalol kan nafsu naluri nya untuk menjadi bijak pandai.

    Hanya jika si buta lagi tuli malas ber fikir , memilih Keldai sebagai Ketua Kabilah nya saja yang akan gagal maju , menjadi miskin papa kedana dan bahalol selama nya.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  2. sedar x sedar jadi berzikir terus ko kat perkataan bahalol tu ye haha..
    udah2 le tu..
    layan politik mcm layan rajalawakmega cukup..x yah ye2 sebab ape parti pun sama je..

    ReplyDelete
  3. Macam Annuar yg ingin melantik isteri dia menggantikan TSKI, bab tu macam mana nak cerita pulak

    ReplyDelete
  4. Kalau hari-hari berzikir bahalol, bahalol dan bahalol sampai masa dimakbulkan ALLAH maka akan bahalol lah mamat ni sepanjang zaman.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa